#PRNMelaka : Pengundi diseru bersama-sama Ban Hong melindungi Dun Klebang

Sebaran :

Oleh Wahida

Secara peribadi, Klebang adalah kampung halaman calon BN/MCA Dun Klebang – Lim Ban Hong. Maka Ban Hong mengajak penduduk Klebang bersama-samanya melindungi kampung halaman mereka juga.

Klebang satu daerah di mana sebahagiannya adalah kawasan bandar dan sebahagian lagi adalah perkampungan moden. Penduduknya pula terdiri daripada bangsa Melayu, Tionghua dan sebilangan kecil adalah kaum India.

Di pesisiran pantainya menghala bandar, ramai pengunjung akan datang untuk bersantai bersama keluarga. Oleh itu, menjadi hasrat Ban Hong menambahbaik kemudahan dan kehijauan pantainya agar pengunjung dapat keselesaan.



Manakala sebahagian Klebang lagi adalah kawasan perkampung moden nelayan dan petani. Memandangkan pertumbuhan penduduk yang semakin pesat, Ban Hong berazam memberi keutamaan kepada projek perumahan rakyat.

Memandangkan pengalaman Ban Hong berkhidmat di dalam kerajaan negeri dan persekutuan, beliau menyeru pengundi-pengundi di Klebang memberi peluang kepadanya untuk mencurahkan segala bakti dan membawa lebih banyak pembangunan..

Hanya jika BN mendapat kemenangan besar untuk Klebang dan seterusnya menyumbang kemenangan untuk negeri Melaka, Klebang pasti akan dilindungi daripada anasir-anasir kerosakan.

Yakini Ban Hong, calon no. 2 di undi kertas agar dapat kembalikan kestabilan negeri Melaka demi kemakmuran penduduk Klebang juga.



 


Sebaran :

Leave a Reply