Najib Berharap Sangat Pengundi Tanjung Bidara Beri Kemenangan Pada Datuk Rauf

Oleh Nurul Aisyah

Datuk Seri Najib Tun Razak merayu undi untuk Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara. Beliau yang sangat mengenali Rauf, percaya Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka itu mampu benar-benar boleh berkhidmat dan membawa perubahan terbaik untuk Tanjung Bidara dan Melaka.

Datuk Rauf melihat pertumbuhan ekonomi di kawasan Tanjung Bidara masih perlahan, sekali gus mahu memberi fokus kepada pembangunan infrastruktur utama yang bakal menjadi ‘game changer’ untuk Tanjung Bidara dan penduduknya.

Ab Rauf, yang juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah berdepan saingan tiga penjuru, dicabar Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan calon Pakatan Harapan (PH), Zainal Hasan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan PRU-14, kerusi Tanjung Bidara dimenangi calon BN, Datuk Md Rawi Mahmud.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker