Axia dipandu bawah pengaruh dadah rempuh 7 kenderaan

Axia dipandu bawah pengaruh dadah rempuh 7 kenderaan

KUALA TERENGGANU: Kereta dinaiki dua lelaki yang disyaki berada bawah pengaruh dadah, merempuh tujuh kenderaan sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat di Kuala Ibai, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.10 petang itu, kedua-dua suspek berusia 30-an terbabit ditahan polis selepas kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki mereka berhenti di tengah-tengah jalan raya, dipercayai mengalami kerosakan akibat merempuh kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, berkata insiden dikatakan berlaku ketika suspek dalam perjalanan dari arah Chendering menghala ke pusat bandar raya ini.

Selepas melalui Jambatan Kuala Ibai, katanya, kereta dinaiki suspek dipercayai gagal dibrek dengan baik lalu melanggar tujuh kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat merah.

Susulan itu, beliau berkata, kesemua kenderaan berkenaan mengalami kerosakan, manakala semua pemandu terbabit sudah membuat laporan di Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. Kedua-dua suspek telah dibawa ke IPD Kuala Terengganu untuk ujian saringan awal air kencing sebelum mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini

Beliau bagaimanapun menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi negatif mengenai kejadian itu, selain mengelak daripada mengambil tindakan undang-undang di tangan sendiri jika terbabit kemalangan jalan raya.

Sementara itu, salah seorang mangsa kemalangan terbabit, Shazana Salim, 36, berkata kejadian berlaku ketika beliau bersama dua anak dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Gong Pak Maseh selepas membeli barang di sebuah kedai di Chendering.

“Ketika berada di lampu isyarat, saya terdengar bunyi seakan-akan perlanggaran. Sebaik saja melihat cermin sisi, saya mendapati ada sebuah kereta berwarna merah dipandu dalam keadaan laju di bahagian tengah laluan dan merempuh beberapa kenderaan lain.

“Melihat kejadian itu, saya terkejut dan cuba mengalihkan kenderaan tetapi turut mengalami kerosakan pada cermin sisi dan calar pada bahagian tepi,” katanya.

Terdahulu, gambar dan video kemalangan jalan raya di Kuala Ibai yang membabitkan lapan kenderaan, tular dalam media sosial. BH

Axia dipandu bawah pengaruh dadah rempuh 7 kenderaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi Facelift 2022 mula masuk showroom?

Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker