Perlindungan kanak-kanak tanggungjawab bersama – Ismail

Perlindungan kanak-kanak tanggungjawab bersama – Ismail

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perlindungan ke atas kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama semua pihak.

Susulan itu, Perdana Menteri berkata, setiap agensi, organisasi dan anggota masyarakat perlu memberi keutamaan kepada perlindungan kanak-kanak.



Beliau berkata, dasar perlindungan kanak-kanak amat perlu pada masa ini selaras falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) 1995 dan Akta Kanak-Kanak 2001 yang juga menekankan prinsip perlindungan kepada kanak-kanak.

“Dalam hal ini, Malaysia berpegang teguh dengan matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang menjadi agenda global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), supaya tiada kanak-kanak terpinggir dalam pembangunan negara dan mereka berhak hidup dengan selamat serta gembira,” katanya berucap pada sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia di Parlimen, hari ini.

Majlis itu dianjurkan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Yang turut hadir, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun; Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan wakil UNICEF ke Malaysia serta Wakil Khas ke Brunei, Dr Rashed Mustafa Sarwar.



Ismail Sabri berkata, Malaysia sentiasa mengambil langkah berhati-hati dalam menangani isu global berkaitan kanak-kanak.

Katanya, program kesedaran seperti acara sambutan hari ini antara tindakan yang boleh diambil untuk menggalakkan pemahaman lebih mendalam mengenai hak kanak-kanak.

“Marilah kita berikrar untuk melindungi anak-anak kita daripada amalan memudaratkan dan diskriminasi, kerana mereka adalah bunga-bunga taman Allah SWT,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa melindungi semua kanak-kanak di negara ini tanpa mengira kewarganegaraan, bangsa, agama, kelahiran atau status.



Katanya, keperluan kanak-kanak perlu diambil kira terutama kumpulan kanak-kanak rentan, termasuk kanak-kanak pelarian.

“Sejak sekian lama, Malaysia kekal komited berhubung hal penahanan kanak-kanak di negara ini,” katanya

Beliau berkata, pandemik COVID-19 yang melanda dunia juga mengakibatkan perubahan besar terhadap sosioekonomi di seluruh dunia.

Namun, katanya, wabak itu tidak harus menggoyahkan usaha memberi perlindungan dan kesejahteraan kepada kanak-kanak.



“Usaha bersepadu daripada sektor awam dan swasta serta masyarakat secara amnya sangat diperlukan bagi mewujudkan persekitaran lebih baik dan selamat untuk kanak-kanak membina masa depan mereka,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, selaras konsep Keluarga Malaysia dan pelantikan

Malaysia menduduki kerusi di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC), kerajaan komited memberi perlindungan kepada kanak-kanak, terutama kanak-kanak golongan rentan, mangsa keganasan seksual dan keganasan rumah tangga.

Katanya, di antara Jun 2020 hingga Ogos lalu, sebanyak 1,721 kes keganasan seksual terhadap kanak-kanak direkodkan dan 2,162 kes aktif dan sedang dalam perbicaraan.



Beliau berkata, kerajaan tegas dalam memperkukuhkan rangkaian penuh hak semua kanak-kanak di bawah bidang kuasa Malaysia dan meningkatkan kerjasama dengan pelbagai sektor serta antara agensi, termasuk pihak berkuasa tempatan,

pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan antarabangsa di bawah PBB.

“Kita juga tidak lupa kepada perlindungan kanak-kanak dalam tahanan. Malaysia memberi komitmen menangani isu ini dengan penubuhan program Alternatif untuk Penahanan (ATD) selepas kerajaan menjadi anggota UNHRC,” katanya. BH

Perlindungan kanak-kanak tanggungjawab bersama – Ismail




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini

Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker