Ziyad mahu buka kedai makanan

Ziyad mahu buka kedai makanan

Jaguh lontar peluru para negara Muhammad Ziyad Zolkefli bercadang membuka kedai makanan berasaskan mi tidak lama lagi.

Paralimpian berusia 31 tahun itu sudah mula membuat persediaan awal dengan bertanyakan pilihan peminat dan warganet mengenai empat logo Ziyad Noodle yang dimuat naik di laman Instagram.



“Insya-Allah nanti akan dibuka @ziyadnoodle,” tulisnya ringkas ketika turut bertanyakan ‘logo yang mana cantik untuk kedai sana nanti’ bersama gambar yang disertakannya itu.

Ziyad mungkin baru dalam bidang perniagaan namun dia menceritakan pernah menjadi peniaga jalanan untuk mencari rezeki halal kira-kira 12 tahun lalu.

“Satu nikmat dapat menghasilkan duit sendiri setiap bulan hasil gaji menjual char kue tiau,” tulisnya dalam satu hantaran tidak lama dulu selain menyertakan gambar rakannya Zulfahmi @zfahmi_ds yang mengajarnya mengenai kemahiran menggoreng char kue tiau dengan kuali berapi.

Dia terpalit dengan isu kontroversi kemenangannya pada Paralimpik Tokyo 2020 dibatalkan kerana didakwa sampai lewat ke bilik menunggu atlet.



Satu jawatankuasa siasatan dalaman baru-baru ini merumuskan dia dan jurulatih Mohd Faizol Harun tidak dapat membuktikan mereka tiba pada waktu ditetapkan untuk pendaftaran di bilik menunggu biarpun kedua-duanya menganggap mereka tiba tepat pada waktunya.

Ia bermakna Malaysia tidak boleh membuat bantahan rasmi kepada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) atau Olahraga Para Dunia (Para Athletics) mahupun membawa kes itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Switzerland.

Ziyad bagaimanapun reda dengan keputusan itu dan kini menumpukan perhatian untuk berlatih gigih menghadapi beberapa kejohanan antarabangsa tahun depan. HM

Ziyad mahu buka kedai makanan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini

Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker