PM mahu RFN4 jadi ‘rolling-plan’ strategik realisasi Malaysia Berdaya Huni

PM mahu RFN4 jadi ‘rolling-plan’ strategik realisasi Malaysia Berdaya Huni

Rancangan Fizikal Negara ke-4 (RFN4) diharapkan menjadi “rolling-plan” strategik dalam merealisasikan aspirasi Malaysia Berdaya Huni menerusi semua teras yang menjadikan Keluarga Malaysia sebagai penerima manfaat utama.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, RFN4 yang dirangka dengan tiga teras pembangunan utama, 11 hala tuju strategik dan 39 tindakan pelaksanaan, adalah dokumen strategik yang menggariskan dasar pembangunan spatial negara selaras dengan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

“Melalui semua teras yang dirangka dalam RFN4, ia akan menjadikan Keluarga Malaysia sebagai penerima manfaat utama dengan pendekatan keterangkuman kemakmuran.

“RFN4 memastikan Malaysia mampu menjadi sebuah negara makmur dan berdaya tahan dari segi ekonomi, alam sekitar dan keseimbangan sosial, demi menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia keseluruhannya,” katanya pada majlis Sambutan 100 Tahun Profesion Perancang Bandar di Malaysia serta pelancaran RFN4 di sini.

RFN4 diluluskan dalam mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-39 yang dipengerusikan Ismail Sabri pada 22 Okt lepas.

Tambahnya, RFN4 juga menterjemahkan komitmen negara di peringkat global seperti New Urban Agenda (NUA) dan Sustainable Development Goals (SDGs), serta berperanan menjadi instrumen penyelarasan pembangunan antara kerajaan persekutuan dan negeri.

Selain itu beliau berkata, bagi melihat keseluruhan pelaksanaan RFN Ke-4 serta aspek daya huni yang boleh memberi nilai tambah dalam merancakkan ekonomi negara, Indeks Daya Huni Malaysia akan diperkenalkan oleh KPKT melalui peranan PLANMalaysia.

“Seluruh dunia Daya Huni menjadi instrumen penting dalam menarik pelaburan dan menjadikan persekitaran mesra pelabur dan ini termasuklah soal ‘last-mile connectivity’, akses kepada internet dan akses kepada kemudahan awam dengan menjadikan rakyat sebagai teras utama penerima manfaat,” katanya.

Menurutnya, Indeks Daya Huni Malaysia akan menjadi pengukuran berimpak tinggi kepada semua lokaliti khususnya kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan perancangan perbandaran khususnya mengambil kira kriteria di bawah RFN4.

Dalam pada itu, Ismail menganggap profesion perancangan bandar amat signifikan kepada negara bagi memastikan pelaksanaan pembangunan negara bersifat inklusif dan strategik.

“Profesion perancang bandar ini saya anggap sebagai ‘the silent hero’ yang menjadi titik mula kesemua pembangunan fizikal negara yang merangkumi rancangan struktur serta rancangan tempatan secara menyeluruh di semua peringkat kerajaan,” katanya. FMT

PM mahu RFN4 jadi ‘rolling-plan’ strategik realisasi Malaysia Berdaya Huni


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini

Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker