Akta tak halang guna kanabis bagi perubatan

Akta tak halang guna kanabis bagi perubatan

Akta sedia ada iaitu Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952 yang mengawal selia kanabis serta hasilnya tidak menghalang penggunaan bahan itu bagi tujuan perubatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata permohonan mendaftarkan keluaran mengandungi kanabis bagi tujuan perubatan boleh dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk dinilai dan didaftarkan mengikut Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, seterusnya dipasarkan di Malaysia.



Beliau berkata, ia boleh dilakukan jika terdapat pihak mempunyai bukti saintifik mencukupi untuk menggunakan kanabis bagi tujuan perubatan dengan mengambil kira aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya.

“Ketika ini, tiada produk berasaskan kanabis untuk kegunaan rawatan perubatan manusia berdaftar di Malaysia. PBKD pernah mendaftarkan satu produk berasaskan kanabis iaitu Sativex pada 2014.

“Namun, atas permintaan pihak syarikat sendiri, pendaftaran produk ini dibatalkan pada 2017,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat dasar di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata, kerajaan bersetuju tempoh kontrak pegawai perubatan lantikan kontrak yang sudah melengkapkan khidmat wajib dilanjutkan bagi menangani isu berkenaan, pada 14 Julai lalu.



Katanya, ia bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan membolehkan pegawai membuat persediaan bagi menyambung pengajian kepakaran.

“Kerajaan juga bersetuju supaya Kementerian Kesihatan (KKM) dan agensi berkaitan menyediakan pelan komprehensif merangkumi tindakan jangka pendek, sederhana serta panjang bagi menangani isu doktor kontrak.

“Sehubungan itu, jawatankuasa khas ditubuhkan pada 20 Ogos lalu. Penyediaan pelan komprehensif ini membabitkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pengajian Tinggi serta KKM.

“Selain itu, jawatankuasa khas ini akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan lain,” katanya.



Mengenai keberkesanan talian psikososial, Khairy berkata, sebanyak 193,041 atau 79.9 peratus daripada jumlah kumulatif panggilan diterima membabitkan isu memerlukan sokongan emosi dan kaunseling, antara 25 Mac 2020 hingga 7 November lalu.

Selain itu, katanya, sebanyak 232,873 panggilan membabitkan pelbagai isu sosial seperti hilang pekerjaan, tiada sumber pendapatan dan konflik serta masalah rumah tangga diterima bagi tempoh sama.

“Bagi individu memerlukan intervensi, mereka akan dihubungkan kepada agensi berkaitan mengikut keperluan.

“Talian ini diperluaskan membabitkan kerjasama dengan agensi kerajaan lain dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut memberi perkhidmatan sokongan psikososial kepada individu memerlukan,” katanya.



Beliau berkata, KKM turut mengambil pelbagai inisiatif bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan mental sedia ada kepada masyarakat di peringkat daerah, hospital, klinik kesihatan (KK) dan komuniti.

Katanya, ia dilaksanakan melalui strategi digariskan dalam Pelan Strategik Kesihatan Mental Kebangsaan 2020- 2025, antaranya kempen kesedaran kesihatan mental ‘Let’s TALK Minda Sihat’ merentas agensi.

“Memperluaskan perkhidmatan kaunseling di peringkat daerah dan KK serta mewujudkan pasukan kesihatan mental serta sokongan bagi memberi perkhidmatan kepada komuniti dan petugas barisan hadapan.

“Melaksanakan latihan kemahiran Bantuan Awal Psikologi (PFA) kepada pemberi khidmat kesihatan dan sukarelawan serta bekerjasama dengan NGO dengan memperkasa mereka bagi melaksanakan program promosi kesihatan mental di peringkat akar umbi,” katanya. BH



Akta tak halang guna kanabis bagi perubatan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini



Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker