30 tinggal sehelai sepinggang, 9 rumah terbakar
30 tinggal sehelai sepinggang, 9 rumah terbakar
Sembilan unit kediaman hangus dalam kebakaran di Lorong Nik Pa, Jalan Sultanah Zainab, awal pagi tadi menyebabkan kira-kira 30 penghuni tinggal sehelai sepinggang.
Ketua Cawangan Bahagian Penyiasatan Kebakaran, Penguasa Bomba Mohd Farid Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.56 pagi.
“Kebakaran membabitkan sebuah rumah induk yang dipecahkan kepada sembilan bahagian dan dihuni tujuh keluarga yang mana majoritinya adalah saudara mara.
“Tindakan pantas Bomba dapat menyelamatkan beberapa rumah bersebelahan kerana terletak dalam jarak yang dekat,” katanya ketika ditemui hari ini.
Mohd Farid berkata, api dapat dikawal jam 3.48 pagi dan padam sepenuhnya jam 5.11 pagi.
Katanya, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan dan pihaknya akan menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, seorang mangsa, Muhammad sha’ari, 21, cedera ringan kerana terkena bara api dalam usaha menyelamatkan diri.
Dia yang cedera di betis kanan akibat kemalangan sembilan hari lalu berkata, dalam keadaan terhincut-hincut dia kembali ke rumah untuk mengejutkan ibu serta kakaknya sebaik mengetahui rumah jiran sedang terbakar dan api sudah merebak ke kediaman mereka.
“Ketika berada di tingkat bawah di rumah, saya terdengar suara orang meminta tolong dan menyangkakan ada kejadian pecah rumah sebelum segera keluar untuk melihat apa yang berlaku.
“Sebaik keluar, saya ternampak api sudah membakar beberapa rumah jiran dan segera membawa keluar motosikal ke tempat selamat sebelum kembali semula ke rumah untuk mengejutkan ibu dan kakak.
“Ketika melalui celah rumah yang sedang terbakar itulah kaki terkena bara dan cedera sedikit namun saya tidak mengendahkan sebaliknya terus mengejutkan ibu, manakala kakak sudah longlai dan terpaksa dipapah kami,” katanya. BH
30 tinggal sehelai sepinggang, 9 rumah terbakar
Baca Artikel Menarik :
- Netizen Indonesia ‘koyak’ selepas Adidas akui wayang kulit dari Malaysia
- OPPO A95 mula ditawarkan di pasaran
- PAS kata PN tidak terkesan Ahli PAS Melaka sokong BN
- i-Serve Online Mall diserbu, wang tunai RM118.7 juta dirampas
- Melampau jika SJKC mahu diinstitusikan?
- Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini
- Caprice bernikah dengan ibu tunggal dari Kelantan
- Sanusi terima hadiah dari TMJ/a>
- Keluarkan motosikal kapcai daripada pasaran secara berperingkat
- Mufti Pulau Pinang tegur Menteri Besar Kedah
- Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap – Taraf Kayangan [Bahagian 2]
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.