Dilabel pengacara toksik, ini kata Janna

Dilabel pengacara toksik, ini kata Janna

Dilabel pengacara toksik kerana sering bertindak memperli individu atau program lain ketika mengendalikan Famili Duo musim ketiga (FD3) yang disiarkan secara langsung TV3, Janna Nick sama sekali tidak terganggu dengan persepsi dilemparkan.

Janna atau nama sebenar, Nurul Jannah Muner, 28, berkata apa yang dilakukan demi memenuhi kehendak pihak penerbitan program realiti berkonsepkan kekeluargaan itu sebagai cara menghangatkan lagi suasana.

“Seperti musim lalu saya masih berpegang dengan prinsip akan mendengar nasihat dan pandangan penerbit. Kalau penerbit tak tegur apa-apa, saya akan kekalkan sahaja.

“Kalau penerbit minta kurangkan sesuatu, saya akan buat. Itu juga yang membuatkan penerbit masih memilih saya untuk musim seterusnya.

“Bukan mahu berbangga diri, tapi saya bekerja dengan mengikut penerbit dan bertindak mengikut apa yang dimahukan,” katanya ditemui selepas berakhir konsert FD3 minggu kedua di Studio TV3, Glenmarie, baru-baru ini.

Menjawab tohmahan mendakwanya tidak profesional ketika mengendalikan program, pemenang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 itu berkata, ia adalah cara untuk menghangatkan suasana.

“Sebenarnya apa yang diperkatakan memang sudah ada dalam skrip, tapi apabila berbicara secara spontan atau kasual, saya tambahkan ‘rasa’ sikit.

“Secara peribadi, saya tidak ada isu dengan mana-mana pihak dan baik-baik sahaja. Kita lebih mengenali orang yang berada dalam industri, tapi mungkin pandangan orang luar berbeza.

“Kalau ada rasa sensitif, saya mohon maaf,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Janna mengakui, dia tidak terkesan dengan semua komen negatif diberikan netizen terhadap kelakuannya itu.

“Saya tengok semua komen diberikan sejak dahulu, tapi saya tak rasa ia boleh membuatkan saya mengalah.

“Ia juga menguatkan lagi diri dan mampu untuk terus memperbaiki diri. Orang boleh berkata apa sahaja, tapi kalau penerbit mahu teruskan, saya tetap akan buat.

“Setiap program realiti ada konsep dan format yang berbeza, jadi apa yang dilakukan adalah mengikut kehendak program ini,” katanya. BH

Dilabel pengacara toksik, ini kata Janna

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker