Lima Kenderaan Terlibat Kemalangan Di Lebuh Raya PLUS

Lima Kenderaan Terlibat Kemalangan Di Lebuh Raya PLUS

SEREMBAN: Lima kenderaan terlibat kemalangan selepas sebuah kereta jenis Perodua Myvi hilang kawalan di kilometer 243.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada Ahad.

Kemalangan pada jam 10.40 pagi itu dipercayai berlaku ketika sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berumur 28 tahun dari arah Seremban menuju ke selatan dipercayai hilang kawalan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati kereta berkenaan hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dipandu lelaki berumur 44 tahun di hadapannya.

“Pelanggaran tersebut menyebabkan Toyota Avanza turut hilang kawalan sehingga berpusing beberapa kali serta terbabas ke lorong kiri lalu melanggar dua lagi kenderaan iaitu Proton Saga dipandu wanita berusia 40 tahun dan Proton Persona yang dipandu lelaki berumur 35 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

“Akibat pelanggaran pertama yang berlaku di antara Perodua Myvi dan Toyota Avanza telah menyebabkan tayar bahagian belakang kiri Toyota Avanza tercabut.

“Tayar berkenaan terpelanting masuk ke laluan arah bertentangan dan terkena pada sebuah lagi kereta Perodua Myvi yang dipandu lelaki berumur 32 tahun,” katanya.

Nanda berkata, bagaimanapun kesemua mangsa terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.SH

Lima Kenderaan Terlibat Kemalangan Di Lebuh Raya PLUS

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker