Pasangan Muda Suami-Isteri Maut Motosikal Terbabas Dalam Nahas Jalanraya



Pasangan Muda Suami-Isteri Maut Motosikal Terbabas Dalam Nahas Jalanraya

Sepasang suami isteri maut setelah motosikal yang ditunggangi mereka terbabas di Jalan Banting- Dengkil awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata dalam kejadian pada kira-kira 6 pagi itu, motosikal ditunggangi pasangan muda yang dalam perjalanan dari arah Dengkil menghala ke arah Banting dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar papan tanda amaran di bahu kiri jalan.

“Penunggang motosikal iaitu lelaki berumur 21 tahun manakala pembonceng perempuan berumur 16 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

Saksi kejadian atau individu yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Trafik, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-3012621 atau 03-31872222.– BERNAMA




Pasangan Muda Suami-Isteri Maut Motosikal Terbabas Dalam Nahas Jalanraya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: