Undian 86j Janna Nick timbul tanda tanya netizen

Undian 86j Janna Nick timbul tanda tanya netizen

Pada malam semalam berlangsungnya acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-34 dengan mematuhi SOP disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).

Pelbagai anugerah diberikan kepada artis-artis yang berjaya mengharumkan industri hiburan tanah air. Trofi Bintang Paling Popular untuk anugerah berprestij pada tahun ini dimenangi oleh artis berbakat, Janna Nick.



Artis yang baru berusia 26 tahun itu meraih sekitar 86,374,777 undian bagi membolehkannya membolot trofi Bintang Paling Popular pada malam semalam. Namun kemenangan tersebut telah mendapat pertikaian oleh para netizen di seluruh media sosial.

Dengan jumlah rakyat Malaysia yang hanya ada sekitar 32.75 juta sahaja, orang ramai mempertikaikan bagaimana Janna Nick boleh meraih undian sehingga melebihi 86 juta.



Namun persoalan yang ditimbul dikalangan para netizen terjawab akhirnya, apabila ada seorang pengguna media sosial berkongsi bagaimana rakyat Malaysia yang sedikit telah menyumbangkan jumlah undian besar kepada Janna Nick.

Menurutnya, setiap individu diberikan undian percuma dan setiap undian tersebut terhad kepada 20 undian dalam masa 10 minit sahaja. Dalam erti kata lain, setiap pengundi berpeluang mengundi Janna Nick sebanyak 20 undian dalam tempoh 10 minit.



Perkara tersebut telah dijelaskan di dalam laman web khas yang memaparkan cara-cara untuk mengundi calon-calon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-34 ini.

Dengan cara pengundian tersebut, maka tidak hairanlah jika jumlah undian yang diterima oleh Janna Nick melebihi daripada jumlah rakyat Malaysia yang ada ketika waktu ini.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Janna Nick kerana berjaya merangkul trofi anugerah ‘Bintang Paling Popular’ pada tahun ini. Semoga kejayaan ini dapat memberikan dorongan kepada Janna Nick untuk terus mengembangkan bakat serta menyinar di dalam industri hiburan tempatan. Vc



Undian 86j Janna Nick timbul tanda tanya netizen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena



Restoran siakap kayangan ada 4 hari lagi jawab notis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker