Nynaa tak macam kena culik pun

Nynaa tak macam kena culik pun

MINGGU lalu, entah mengapa kisah kemelut rumah tangga yang membabitkan Nynaa Harizal, suami dan bapanya meletus dalam media sosial.

Dengarnya, kekecohan tersebut turut melibatkan senjata api yang dibawa oleh bapanya ke set penggambaran.

Kedengaran agak bahaya sehingga ada yang membayangkan Nynaa diculik bapanya di sebuah lokasi tetapi sangkaan tersebut meleset sama sekali.

Hal ini kerana pelakon itu baru-baru ini dilihat aktif meluangkan masa beriadah bersama beberapa ahli keluarganya.

Perkongsian tersebut secara tidak langsung membuka gelanggang perdebatan dalam kalangan netizen yang membuat andaian kemelut rumah tangganya hanyalah drama rekaan semata-mata.

Malah, ruangan komen hantaran Instagram dimuat naik Nynaa dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan kesahihan dakwaan culik yang kecoh baru-baru ini.

“Tak nampak macam kena culik pun, kelihatan gembira sahaja,” soal seorang netizen.

“Nampak gembira sahaja. Adakah cerita kontroversi mereka rekaan semata-mata?” soal seorang lagi pengguna Instagram.

Pening juga dengan kisah pelakon itu. Sebelum ini dikatakan diculik tetapi kehidupan nampak normal. Pening pula fikir.

Apa pun semoga kehidupannya berjalan lebih baik dan harap semua masalah yang berlaku dapat diselesaikan secara profesional tetapi suami Nynna juga dah failkan nusyuz, aduhai. K Online

Nynaa tak macam kena culik pun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena

Restoran siakap kayangan ada 4 hari lagi jawab notis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker