PRN Melaka: Calon Ketua Menteri buat ‘Kem PN’ semakin bergolak

Persoalan siapa yang layak menjadi ketua menteri dalam kalangan calon Perikatan Nasional (PN) mengundang persepsi gabungan itu dipercayai berdepan pergeseran dalaman.

Bukan setakat isu calon Ketua Menteri, malah manifesto PN sehingga sekarang belum dilancarkan sedangkan lawan mereka Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sudah berbuat demikian.

Malah ketiadaan cdalam beberapa majlis utama gabungan itu sejak beberapa hari lalu turut menimbulkan tanda tanya, apakah konflik yang sedang dihadapi kepemimpinan dalam gabungan itu?

Kemuncaknya dapat dilihat secara jelas ketika sidang akhbar khas Tan Sri Muhyiddin Yassin di Villa Mak Ngah, Bemban pada Jumaat lalu, apabila kelibat Mohd. Rafiq yang juga calon PN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas itu tidak kelihatan seperti kebiasaan.

Jika dinilai dari segi merit dan hierarki, Mohd. Rafiq ialah pemimpin paling layak diangkat, memandangkan beliau merupakan pemimpin nombor satu parti di negeri ini.

Kedudukannya selaku Naib Presiden Bersatu juga tidak boleh dipandang sebelah mata, berikutan dua lagi penyandang jawatan iaitu Senator Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin dan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee masing-masing adalah menteri kanan dan menteri kerajaan Persekutuan.

Sumber dalaman Bersatu memaklumkan, polemik tersebut bertitik tolak daripada spekulasi Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang bertanding di kerusi DUN Tanjung Bidara merupakan calon Ketua Menteri PN, lantas menyebabkan Mohd. Rafiq ‘merajuk’.

Katanya, kemunculan dan keterampilan Ketua Bersatu Bahagian Jasin, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub selaku Pengarah Jentera Pilihan Raya PN Melaka merangkap calon boleh menang di kerusi DUN Bemban juga dikatakan turut menyumbang kepada konflik tersebut.

Nak bubar dun semudah tekan butang? Muhyiddin bukan Sultan

Ketika ditemui Utusan Malaysia dan diminta mengulas perkara itu, Mohd. Rafiq menafikan dia ‘merajuk’ atau menghilangkan diri selepas tidak dilihat duduk semeja bersama pimpinan tertinggi PN.

Tegasnya, tiada sebab untuk merajuk memandangkan beliau adalah Pengerusi PN Melaka.

“Merajuk? Tidak ada, buat apa saya hendak merajuk. Saya Pengerusi PN negeri,” katanya ringkas.

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan calon Ketua Menteri jika PN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hanya akan diumumkan beberapa hari sebelum seluruh rakyat keluar mengundi pada 20 November.

Bekas Perdana Menteri itu turut mengesahkan, sudah mempunyai nama calon tersebut yang dipersetujui oleh semua komponen.

Sementara itu, penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Mohd. Faisol Keling berpendapat, ketiga-tiga pemimpin tersebut mempunyai kelayakan tersendiri untuk diangkat sebagai calon.

Beliau berkata, Muhyiddin selaku pemimpin yang gemar membuat tindakan di luar jangkaan juga dilihat berpotensi mengumumkan Mas Ermieyati, atas dasar ingin menawarkan kelainan, Ketua Menteri wanita pertama di Malaysia.

“Saya lihat tiga calon ini ada kelayakan dan kedudukan untuk jawatan itu. Mohd. Rafiq sebagai Naib Presiden Bersatu, kemudian Mas Ermieyati selaku Naib Ketua Srikandi dan Mohd. Yadzil ialah Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Melaka.

“Cuma kalau lihat cara Muhyiddin yang gemar mengumumkan sesuatu di luar jangkaan, tak mustahil Mohd. Rafiq diketepikan kerana arus politik semasa, pemimpin utama tidak lagi memegang jawatan penting dalam kerajaan,” katanya ketika dihubungi.

PRN Melaka: Calon Ketua Menteri buat ‘Kem PN’ semakin bergolak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Umum calon ketua menteri wanita, Muhyiddin takut penentangan dalaman – Kit Siang

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker