PRN Melaka: Polis terima laporan kes koyak poster calon

MELAKA TENGAH – Polis menerima satu laporan polis pada Sabtu berkaitan kes khianat poster calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, laporan itu dibuat oleh pekerja sambilan bilik gerakan parti yang mendakwa poster calon bertanding dikoyakkan.

“Menurut pengadu, dia yang membuat pemeriksaan pada Jumaat mendapati bendera dan kain rentang parti telah jatuh selain gambar calon yang koyak.

“Polis masih menjalankan siasatan sama ada ia berunsur khianat atau faktor lain dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian selepas membuat rondaan pematuhan SOP di Jonker Walk di sini pada Ahad.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Pada 18 Oktober lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November depan sebagai tarikh pengundian bagi PRN Melaka.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan pula ditetapkan pada 8 November, manakala pengundian awal ialah pada 16 November.

Suruhanjaya PRN telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berhubung pembubaran DUN Melaka yang ke-14 pada 4 Oktober 2021.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh.

PRN Melaka: Polis terima laporan kes koyak poster calon


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kenapa PRN Melaka penting?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker