Penyampai Hot Fm Fara Fauzana Didapati Positif Covid-19

Penyampai Hot Fm Fara Fauzana Didapati Positif Covid-19

Penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin di rumah sejak Isnin lalu.

Fara menerusi akaun Instagram miliknya berkata, dia menjalani ujian saringan selepas menjadi kontak rapat kepada seorang individu.

“Hari kelima selepas kali terakhir jumpa kontak rapat sila buat ujian saringan di hospital atau klinik yang berdaftar, ‘self test’ takut tak dapat keputusan yang betul.

“Masa hari saya nak buat ujian saringan saya dah mula batuk dan pening kepala.

“Mula-mula tak nak kongsi tapi bila fikir kes makin naik, marilah kita saling ingat-mengingati lagi dan lagi.

“Sebaik dapat tahu diri positif Covid-19, kita kena terus hubungi siapa kontak rapat yang kita jumpa tiga hingga lima hari sebelum kita jalani kuarantin di rumah untuk keselamatan.

“Jangan takut untuk maklumkan pada mereka yang kita positif dan minta mereka buat ujian saringan dan jalani kuarantin di rumah jika perlu.

“Tiga hari sebelum saya positif Covid-19, jika agak kacau dan sensitif lain macam. Waktu ini jangan nak buat lawak sangat dengan orang kena Covid-19, isu lambat pun boleh jadi hal tapi sekarang dah okey,” katanya.-HM

Penyampai Hot Fm Fara Fauzana Didapati Positif Covid-19

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi baharu lebih sporty

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker