#PRNMELAKA2021 : Penduduk Yakin Rauf Mampu Majukan Tanjung Bidara

Oleh BamJekk

‘Datuk Rauf adalah seorang tokoh yang berkaliber dan sudah sepatutnya beliau diangkat sebagai calon Barisana Nasional (BN),. Tindakan tersebut sangat tepat dan wajar kerana pemimpin besar macam Datuk Rauf pasti dapat memberi banyak manfaat serta impak yang baik kepada rakyat Tanjung Bidara’

‘Jika beliau diangkat menjadi ahli dewan undangan negeri (ADUN) kali ini, saya percaya dengan kebolehan serta kepakaran yang beliau ada sebelum ini dapat diterjemahkan untuk pembangunan negeri dan khasnya di kawasan Tanjung Bidara dan sekaligus memantapkan ekonomi negeri Melaka’

‘Kami rakyat di Dun Tanjung Bidara ini akan berusaha sebaik yang mungkin untuk memenangkan calon BN N.02 Tanjung Bidara iaitu Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, rugi rakyat kawasan ini yang tidak memilih beliau dalam pilihanraya kali ini’, katanya lagi.

Datuk Mutallif Che Mat berkata demikian dalam temubual khas bersama mykmu.net yang diadakan malam tadi disekitar Tanjung Bidara.

Katanya lagi, kemajuan yang ada hari ini adalah hasil pembangunan dan jasa pemimpin-pemimpin UMNO dan BN yang bekerja keras selama ini demi mengeluarkan rakyat dari kehidupan yang lalu (miskin) sehingga kita dapat melihatnya sendiri dengan era kemodenan yang ada.

‘dalam PRN kali ini, kita jangan terpedaya dengan janji manifesto yang ditaburkan oleh PH dan juga PN kerana semasa PRU 14 lalu mereka juga adalah parti yang sama menabur janji, meraka juga menganggapkan janji manifesto itu bukan satu janji untuk ditunaikan dan hanya sekadar penyedap hawa telinga dan mata memandang sahaja’

‘oleh itu saya menyeru seluruh rakyat Melaka khasnya Tanjung Bidara supaya keluar mengundi awal dan sekaligus mengundi calon BN iaitu Datuk Ab Rauf Yusoh untuk kawasan kita’, katanya.

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker