Aina Abdul kena kecam gayakan fesyen pelik di ABPBH34

Aina Abdul kena kecam gayakan fesyen pelik di ABPBH34

PENYANYI Aina Abdul tampil menjelaskan pemilihan busana serba hitam yang dipakai ketika ‘red carpet’ Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34) itu adalah kesinambungan kepada jalan cerita single baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Ujar Aina, rekaan busana itu adalah simbolik kepada bentuk bunga mawar bagi single baharunya.



“Konsep ini adalah kesinambungan jalan cerita dalam Aina Abdul yang baru sahaja dilancarkan. Inspirasinya adalah daripada mawar merah.

“Namun, malam ini, saya ingin tampilkan mawar hitam dan ia adalah simbolik daripada fesyen yang saya dah lama nak ketengahkan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kritikan yang dilemparkan oleh netizen di laman sosial, Aina bagaimanapun memilih untuk tidak membaca sebarang kecaman-kecaman tersebut dan hanya mengikut kata hatinya.

“Saya kurang baca kritikan dan sebab itulah saya rasa saya boleh bertahan. Kalau saya baca, saya takkan boleh tahan.



“Saya buat apa yang hati saya rasa betul dan saya nak setiap penampilan saya ada impak. Tapi, kritikan pun sebenarnya adalah publisiti yang bagus,” katanya.

Aina menyarung persalinan daripada rekaan Behati.

Aina diumumkan sebagai pemenang anugerah kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular bersama Khai Bahar menerusi lagu Nafas Cinta. Utv

Aina Abdul kena kecam gayakan fesyen pelik di ABPBH34




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena

Restoran siakap kayangan ada 4 hari lagi jawab notis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker