95.2 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19

KUALA LUMPUR: Sejumlah 22,286,520 individu atau 95.2 peratus kadar populasi dewasa di negara ini lengkap menerima dos vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, seramai 22,858,958 individu atau 97.6 peratus daripada populasi dewasa pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sejumlah 55,703 dos suntikan vaksin diberikan semalam, membabitkan 14,875 suntikan dos lengkap, 3,203 dos pertama dan 37,625 pula menerima suntikan dos penggalak.

Ia menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,138,954.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak pula kini sebanyak 938,437 dos.

Sementara itu, bagi populasi berusia antara 12 hingga 17 tahun, seramai 2,505,157 individu atau 79.6 peratus sudah lengkap vaksinasi di seluruh negara.

Bagi penerima berusia 12 hingga 17 tahun yang menerima sekurang-kurangnya satu suntikan pula adalah seramai 2,734,057 orang atau kira-kira 86.9 peratus di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 9,103 individu membabitkan kumpulan umur sama menerima suntikan lengkap sementara 789 lagi menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin COVID-19, semalam.

95.2 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


55 kematian menjadikan korban keseluruhan 29,631

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker