55 kematian menjadikan korban keseluruhan 29,631

Repositori data Github Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 55 kematian Covid-19 semalam (13 Nov), menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 29,631.

Daripada kes kematian yang baru dilaporkan semalam, 20 peratus atau 11 meninggal dunia sebelum mendapatkan rawatan di hospital.

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 891 kematian bagi setiap 1 juta penduduk.

Sarawak merekodkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu 22 atau 40 peratus daripada kematian baru dilaporkan.

Kes kematian selebihnya dicatatkan di Kelantan (5), Perak (5), Sabah (5), Selangor (5), Kedah (4), Terengganu (4), Melaka (2), Johor (1), Pahang (1) dan Kuala Lumpur (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 46 daripada 55 kematian yang dilaporkan atau 83.6 peratus berlaku dalam tujuh hari terakhir.

Baki kematian berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 65 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata tujuh hari sebanyak 54, menunjukkan aliran menurun.

Sehingga kini, 816 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Setakat semalam, terdapat 65,319 kes aktif Covid-19. Ini adalah pengurangan sebanyak 0.3 peratus daripada 65,505 jangkitan aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 35.7 peratus daripada 101,587.

Kemas kini selepas tengah malam Kementerian Kesihatan juga memberikan maklumat lanjut mengenai jangkitan baru Covid-19 semalam.

Daripada 5,809 kes baharu pada hari Sabtu, sebanyak 118 daripadanya dapat dikesan daripada kluster Covid-19 yang aktif.

Daripada kes berkaitan kluster, 59 (50 peratus) adalah dari tempat kerja manakala 29 (24.6 peratus) adalah daripada kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua.

Sebanyak 28 lagi (23.7 peratus) adalah daripada kluster yang dikaitkan dengan institusi pendidikan.

Baki kes dikesan kepada kluster yang berkaitan dengan penularan komuniti (2-1.7 peratus).

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengeluarkan statistik kematian berserta jumlah kes baru Covid-19 pada sebelah petang.

Statistik kematian kini dikeluarkan selepas tengah malam bersama dengan data lain yang lebih terperinci.

55 kematian menjadikan korban keseluruhan 29,631


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin koyak sampai kena maki Shahrir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker