3 Muslimat PAS terkorban pulang dari Muktamar

Perwakilan dan pemerhati yang menghadiri Muktamar PAS di Shah Alam hari ini dikejutkan dengan berita tiga Muslimat PAS Sungai Petani meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Pengerusi Tetap Muktamar, Senator Hussin Ismail memaklumkan kemalangan tersebut berlaku di Behrang ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Muktamar di IDCC Shah Alam.

“Mereka melihat sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan dan kemudian berhenti di tepi lebuh raya untuk membantu.

“Bagaimanapun ketika mereka cuba membantu, tiba-tiba dilanggar sebuah kereta lain,” katanya seperti dilapor Harakahdaily.



Menurutnya dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi yang parah meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

“Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Sungai Petani, Ustazah Taibah Sulaiman dan Ketua Ameerah PAS Sungai Petani, Nor Fatihah Nabilah Bukri.

“Penolong Setiausaha 1 Dewan Muslimat PAS Sungai Petani, Najihah Amzi, meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke hospital,” ujarnya.

Mereka menghadiri Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia di IDCC, semalam.



Berikutan itu, Hussin mengajak perwakilan dan pemerhati membaca al-Fatihah dan mendoakan roh ketiga-tiga mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker