Bom lama ditemui dalam ladang kelapa sawit

Sebaran :

Bom lama ditemui tertanam di tepi tebing jalan ladang kelapa sawit di Ladang Serigala Divisyen A dekat Slim River

SLIM RIVER: Bom lama dipercayai jenis Artileri ditemui dalam sebuah kawasan kebun kelapa sawit dekat Ladang Serigala Divisyen A, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata pihak polis menerima panggilan daripada seorang lelaki berikutan penemuan bom kira-kira jam 4.00 petang.

Katanya, sepasukan anggota polis telah dikejarkan ke tempat kejadian dan membuat kawalan sebaik tiba di kawasan berkenaan.

“Hasil siasatan di kawasan berkenaan telah menemui bom di tepi jalan atau laluan yang digunakan untuk mengangkut hasil kelapa sawit.



“Bom dipercayai jenis Artileri 155 milimeter itu kelihatan tertanam di dalam tanah dekat tebing jalan ladang kelapa sawit ,” katanya dalam kenyataan media.

Sulizmie Affendy berkata, bom yang panjang kira-kira 29 inci dan ukur lilit 20 inci ditemui kira-kira tiga kilometer dari jalan utama ke ladang berkenaan.

“Siasatan lanjut juga mendapati hanya muncung bom sahaja berada di luar manakala sebahagian bom terbabit tertanam di dalam tanah.

“Kerja permusnahan bom akan dilakukan selepas menerima bantuan daripada Unit Pemusnahan Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Perak sampai ke lokasi kejadian,” katanya.



Beliau berkata bom lama itu dijangka dimusnahkan pada pagi ini.

Bom lama ditemui dalam ladang kelapa sawit


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Muhyiddin hanya berani cakap tapi tak berani buat – Nur Jazlan


Sebaran :

Leave a Reply