Bapa pelakon mengaku tidak bersalah ugut guna pistol

Bapa pelakon mengaku tidak bersalah ugut guna pistol

SHAH ALAM – Seorang bapa pelakon wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan ugutan menggunakan sepucuk pistol terhadap seorang lelaki, minggu lalu.

Tertuduh, Harizal Hashom, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.



Harizal merupakan bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar.

Berdasarkan pertuduhan, Harizal yang merupakan bapa Nynaa iaitu pelakon drama ‘Kekasih Paksa Rela’ didakwa telah menakutkan Mohamad Nur Usry Mohd. Yusoff, 25, dengan mengeluarkan sepucuk pistol jenis CZP-07.

Kesalahan itu dilakukan di tepi jalan U13/25J, Jalan Setia Perdana, Alam Nusantara, Setia Alam di sini pukul 1.40 pagi pada 2 November lalu.

Sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.



Timbalan Pendakwa Raya, Elyza Amira Habeeb Rahman menawarkan jaminan RM5,000.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mempertimbangkan khidmat cemerlangnya selama 25 tahun dengan TUDM bagi mengurangkan jumlah ikat jamin.

Harizal juga memohon tempoh untuk perbicaraan akan datang memandangkan ketika ini sedang mengupah peguam bagi menguruskan proses perceraian anak perempuannya secara baik.

Mahkamah menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Disember untuk sebutan.



Akhbar sebelum ini melaporkan suami kepada pelakon Nynaa iaitu Mohamed Fahmi Ilyas membuat laporan polis berhubung dakwaan yang mengatakan isterinya ‘diculik’ oleh bapa mentuanya, Mejar (B) Harizal Hashim pada malam 1 November lalu.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku ketika di set penggambaran sebuah drama di daerah ini sebelum bapa mentua bertindak ‘menculik’ isterinya untuk tujuan berubat.

Ketika kejadian, ibu dan bapa mentuanya serta abang iparnya dikatakan telah datang ke set penggambaran sebelum ibu mentuanya bertindak menarik isterinya masuk ke dalam kereta serta membawanya pergi.

Lebih mengejutkan lagi apabila bapa mentuanya mengacukan sepucuk pistol ke arah perut pengawal peribadi Nynaa sambil memberi amaran akan melepaskan tembakan jika menghalangnya untuk mengambil pelakon terbabit. K Online



Bapa pelakon mengaku tidak bersalah ugut guna pistol


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

PRN Melaka: Zahid Hamidi Gesa Pengundi Melaka Waspada, Ada Cubaan Burukkan Imej Calon BN



Malaysia Bukan Negara Sihat – Khairy Jamaluddin

PRN Melaka: Kempen Cara ‘Lama’ Masih Dirindui, Kaedah Baru Terpaksa Dipraktikkan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker