PRN Melaka: Kekangan SOP Tiada Masalah, Sejak Dahulu Lagi Dekati Rakyat – Abdul Razak

Sebaran :

PRN Melaka: Kekangan SOP Tiada Masalah, Sejak Dahulu Lagi Dekati Rakyat – Abdul Razak

Kekangan dalam berkempen mengikut prosedur operasi standard (SOP) tidak menjadi masalah buat calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Katanya ini kerana, sejak dahulu lagi beliau telah mendekati rakyat menggunakan pelbagai medium malah kebanyakkan penduduk di kawasan tersebut sudah mengenali beliau.

“Kalau dahulu kita boleh berceramah secara terbuka, walkabout, ziarah rumah ke rumah tapi sejak SOP yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan nasihat Kementerian Kesihatan ianya tidak boleh dilakukan.



“Namun bukan satu masalah besar kepada saya kerana selama ini saya telah mendekati rakyat sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lagi saya tidak berhenti.

“Jadi untuk berjumpa dengan rakyat di Telok Mas ini bukan satu perkara baharu yang saya lakukan kerana saya sentiasa bersama dengan warga Telok Mas jadi dengan kekangan kempen ini bukan satu masalah besar kepada saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Negeri itu turut berkongsi beliau menerima pelbagai permasalahan daripada rakyat di kawasan ini malah tidak lokek untuk membantu.

“Terlalu banyak rungutan atau permasalahan yang diajukan kepada saya insya-Allah saya selesaikan kalau perkara kecil tapi kalau yang besar itu saya mengambil masa.



“Walaupun saya bukan wakil rakyat saya tetap membantu penduduk di sini kerana ianya menjadi pegangan kepada saya untuk memastikan keselesaan mereka,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

PRN Melaka: Kekangan SOP Tiada Masalah, Sejak Dahulu Lagi Dekati Rakyat – Abdul Razak

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga

Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya


Sebaran :

Leave a Reply