10 rumah, 5 lot kedai di Kota Bharu musnah terbakar

10 rumah, 5 lot kedai di Kota Bharu musnah terbakar

KOTA BHARU – Dianggarkan 10 buah rumah penduduk dan lima buah lot kedai musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Sultanah Zainab, di sini sebentar tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kelantan, Penguasa Kanan Bomba II Mohd. Wildan Azhari berkata, kebakaran dipercayai bermula pada pukul 7.22 malam dan bomba tiba di lokasi kejadian tujuh minit kemudian.

Menurutnya, operasi memadamkan kebakaran mengambil masa yang lama apabila ia melibatkan banyak kediaman dan lot kedai.

“Seramai 70 anggota termasuk pegawai bomba dari tujuh balai iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Tunjong, Kota Darul Naim, Wakaf Bharu, Pengkalan Kubor, Tanah Merah dan Pasir Tumboh terlibat dalam operasi pemadaman api.

“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 9.06 malam. Setakat ini, tiada sebarang kematian dilaporkan dalam kejadian itu, namun kebakaran tersebut telah melibatkan banyak kerosakan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Menurut beliau, pihaknya sedang menyiasat jumlah sebenar rumah dan lot kedai yang terlibat dalam kebakaran itu.

Katanya, punca kebakaran dan kerugian yang dialami mangsa masih dalam siasatan. K Online

10 rumah, 5 lot kedai di Kota Bharu musnah terbakar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Dutch man’s private part rots after bitten by a cobra

Asteroid berbahaya 4660 Nereus hampiri Bumi [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker