#PRNMelaka : Video Kelab Che Det vs Malaysia Gazettte, siapa menipu?

Oleh Wahida

Semalam DS Najib telah meluangkan masa bersama rakyat Melaka menjamu selera di kedai bawah pokok yang terkenal di Pantai Siring Serkam, Melaka. Bukan saja mendapat perhatian pengunjung ketika itu, portal berita Malaysia Gazette juga telah membuat laporan secara live.

Menariknya, Tun Mahathir juga memberi perhatian pergerakan DS Najib di Melaka melalui Facebook sokongannya, Kelab CheDet. Matlamat utama, DS Najib perlu dikritik dan lebih utama diaibkan dengan apa juga cara walaupun ia adalah satu penipuan nyata.



Video di Facebook Malaysia Gazette berdurasi 14:30 min menayangkan dari saat ketibaan kenderaan yang dinaiki DS Najib sehingga beliau ke meja makan –

Yang jelas kelihatan, sebelum menjamu selera, DS Najib mengambil kesempatan untuk bermesra dengan pengunjung di sekitar kedai tersebut. Kelihatan jelas sekali rakyat beratur menunggu giliran untuk berswafoto dengan DS Najib.

Agar DS Najib dimalukan, Kelab Che Det hanya mengambil durasi 1:03 minit ketika ketibaan beliau dengan ulasan, “Najib datang, tauke kedai terus tutup kedai. Najib balik hampa? haha…”
https://web.facebook.com/kcdmalaysia/videos/582301769552330

Oleh kerana tidak mempercayai ulasan Facebook Kelab Che Det, seorang komentar dengan nama Zam Ain telah berkongsi laman Malaysia Gazette yang memaparkan durasi video sepenuhnya.



Kunjungan DS Najib bukanlah program rasmi tetapi ingin bersantai bersama rakyat. Dikatakan tuan punya kedai tidak menyangka DS Najib akan singgah mengunjungi kedainya. Apabila DS Najib memberi salam, tuan punya kedai bergegas membersihkan meja dan seterusnya menyusun semula.

Apakah ia satu kepuasan apabila Kelab Che Det berterusan dapat menipu rakyat atau masih gembira ingin kekalkan kejatuhan kredibiliti mereka? Baca saja komen-komen pengikut mereka, kita mampu lebih bijak menilai.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker