Beri kekasih RM1. 7j akibat terjerat cinta siber poo

Beri kekasih RM1. 7j akibat terjerat cinta siber

LONDON: Seorang wanita bukan sahaja gagal mempunyai pasangan hidup, bahkan terpaksa menanggung hutang sebanyak 300,000 pound (RM1.70 juta) selepas menyerahkan wang tersebut kepada lelaki yang dikenalinya melalui aplikasi janji temu.

Mangsa menceritakan semula pengalamannya kepada BBC Asian Network dan terperangkap dalam ‘penipuan asmara’.

Sophia bukan nama sebenar mula menganggap lelaki itu sebagai kekasihnya dan membincangkan tentang rancangan membeli rumah bersama walaupun belum pernah bertemu secara berdepan.

Difahamkan, lelaki itu mula membuat dokumen pinjaman rumah palsu dan emel palsu daripada peguam.

Sophia hanya percaya bulat-bulat tanpa menyelidiki lebih lanjut.

Wanita itu mengirimkan sejumlah besar wang kepada Aaron seperti yang diminta sebagai sebahagian daripada rancangan masa depan untuk membeli sebuah rumah.

“Saya mengeluarkan wang simpanan berjumlah 50,000 hingga 60,000 pound (RM282,000-RM338,000).

“Kemudian, saya meminjam banyak wang daripada keluarga dan rakan-rakan untuk diberikan kepada lelaki itu,” katanya.

Secara keseluruhan, Sophia mengaku telah menghantar kira-kira 300,000 pound kepada lelaki itu.

Difahamkan, ramai lagi wanita lain terjerat dengan cinta siber tersebut selain Sophia. Utusan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Beri kekasih RM1. 7j akibat terjerat cinta siber


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Dutch man’s private part rots after bitten by a cobra

Asteroid berbahaya 4660 Nereus hampiri Bumi [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker