Kepala air Bukit Wang, 2 pengunjung terperangkap (video)

Kepala air Bukit Wang, 2 pengunjung terperangkap

JITRA – Dua pengunjung lelaki terperangkap dalam kejadian kepala air di Hutan Lipur Bukit Wang di sini petang tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd. Adenin Suhaimi berkata, dua mangsa berusia 19 dan 21 tahun itu berada di kawasan hutan lipur tersebut ketika kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang.

Katanya, mereka bagaimanapun dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Anggota bomba dan APM telah berada di hutan lipur tersebut untuk menyelamat kedua-dua mangsa,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Situasi kepala air di Hutan Lipur Bukit Wang di sini petang tadi.
Menurutnya, kejadian kepala air itu berlaku selepas hujan lebat selama tiga jam pada petang tadi.

Dalam perkembangan sama, ujar beliau, seramai 30 penduduk daripada lapan keluarga dari tiga kampung berdekatan hutan lipur itu terjejas apabila dilanda banjir kilat sedalam 0.5 meter.

Katanya, tiga kampung terlibat adalah Kampung Bukit Wang, Kampung Padang Panjang dan Kampung Sampang.

“Bagaimanapun mangsa terlibat tidak dipindahkan kerana banjir kilat tersebut beransur surut selepas dua jam,” ujarnya. K Online

Kepala air Bukit Wang, 2 pengunjung terperangkap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Dutch man’s private part rots after bitten by a cobra

Asteroid berbahaya 4660 Nereus hampiri Bumi [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker