Polis Jawa Barat Minta Maaf Insiden ‘Like’ Twitter Akaun Pornografi

Polis Jawa Barat Minta Maaf Insiden ‘Like’ Twitter Akaun Pornografi

JAKARTA – Ketua Perhubungan Awam Polis wilayah Jawa Barat, Erdi Ardimulan Chaniago membuat permohonan maaf kepada orang ramai susulan insiden akaun Twitter rasmi Balai Polis Bogor Kota yang menyukai atau ‘like’ sebuah akaun pornografi, Sabtu lalu, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menurut beliau, pihaknya akan melakukan siasatan ke atas insiden tersebut bagi mengenal pasti individu yang melakukan ‘like’ tersebut.

“Kami sudah mengendalikan akaun itu dalam tempoh yang lama dan setakat ini, tiada sebarang masalah.

“Bagaimanapun, Balai Polis Bogor Kota akan melakukan siasatan berkaitan penggunaan akaun Twitter tersebut dan mengesan individu yang melakukan perbuatan itu (like akaun pornografi).

“Justeru, saya memohon maaf bagi pihak jabatan polis dan mengakui ini adalah hal yang menjadi perhatian dan pemantauan lebih ketat kepada bahagian perhubungan awam di balai polis sekitar Jawa Barat,” katanya.

Sabtu lepas, akaun Twitter @txtdrberseragam memuat naik tangkap layar yang memaparkan akaun @PolresBogorKota menyukai sebuah akaun yang mengandungi kandungan pornografi.

Polis Jawa Barat Minta Maaf Insiden ‘Like’ Twitter Akaun Pornografi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker