Penyingkiran terbaru dalam PAS: Setia tanpa soal bukan caranya

Penyingkiran terbaru dalam PAS: Setia tanpa soal bukan caranya – Salahuddin

Sehingga 2015, PAS mempunyai dua kelompok yang jelas dalam parti iaitu kelompok konservatif dan progresif.

Walaupun kelompok progresif telah disingkirkan dalam muktamar 2015, menerusi serangan oleh kelompok konservatif yang setia dengan presiden Abdul Hadi Awang, kini dilihat ada kelompok baru yang muncul.

Perpecahan baru ini dilihat berlaku antara kalangan yang membantah keputusan Abdul Hadi untuk bekerjasama dengan Bersatu berbanding Umno, dengan kelompok yang merasakan mereka perlu menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada presiden parti.

Bagaimanapun bantahan itu cepat dipadamkan dalam pemilihan parti itu yang baru saja berakhir.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, yang merupakan bekas naib presiden PAS dan antara pemimpin yang tersingkir pada pemilihan 2015, berkata sejarah kembali berulang, hanya tujuh tahun selepas “penyingkiran” sebelumnya.

Berkongsi pemerhatiannya dengan Malaysiakini, Salahuddin berkata masalah dengan PAS adalah keperluan untuk setia tanpa soal kepada pemimpinnya.

Dia berkata PAS perlu belajar menerima kepelbagai pendapat.

“Tapi nampaknya selepas lima tahun berlalu, berlaku isu sama dalam politik PAS, seperti hendak terbahagi (terpecah) dua juga.

“Sebab itu saya katakan sejak dulu lagi – politik ini dinamik dan mengizinkan kita untuk berbeza dan ada kala menyuarakan apa yang difikirkan untuk kebaikan parti

“Tetapi ketika itu PAS seperti tak boleh menerimanya. Semacam perlu satu jalur dan pemikiran saja, iaitu apa-apa pun kena taat dan patuh pada presiden,” katanya kepada Malaysiakini dalam satu wawancara.

Konsep wala

Salahuddin berkata, ketika dia dan para pemimpin lain disingkirkan pada 2015, mereka dituduh tidak setia terhadap Abdul Hadi. Mereka akhirnya menubuhkan Amanah.

Konsep wala’ seringkali disuarakan dalam PAS untuk menggesa anggota parti mematuhi kepimpinan tertinggi.

Bagi Salahuddin, masa membuktikan yang politik sememangnya bersifat dinamik dan PAS seharusnya mengambil pengajaran daripadanya.

“Saya harap PAS akan dapat pelajaran baru daripada muktamar baru-baru ini.

“Kumpulan-kumpulan yang bersaing dalam PAS hari ini harus terima hakikat bahawa kepimpinan dan ahli bukan satu hubungan satu hala saja.

“Tetapi perlu ada interaksi, hubungan yang mana mesti ada saling memahami dan bukan hanya patuh arahan dan tidak boleh membantah, kerana itu sangat bertentangan dengan fitrah kita berpolitik,” katanya lagi.

Perpecahan dalam PAS kali ini telah dipadamkan sebelum ia sempat berkembang menjadi sesuatu yang signifikan.

Antara pemimpin yang tersingkir daripada barisan kepimpinan adalah Ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali, yang dikaitkan denan rakaman audio mengkritik Abdul Hadi kerana kecenderungannya terhadap Bersatu.

Mohd Zuhdi Marzuki, yang dilihat tidak setuju dengan penggunaan lambang PN oleh PAS dalam PRN Melaka, juga gagal dalam pemilihan untuk kedudukan naib presiden.

Seorang lagi pemimpin PAS yang tewas adalah Nik Abduh Nik Abdul Aziz, yang diketahui sebagai pro-Umno.

Mereka adalah pemimpin yang menjadi sebahagian dalam kem Abdul Hadi yang membantu penyingkiran Salahuddin dan sekutunya pada 2015.

Salahuddin berkata Amanah sentiasa terbuka untuk menerima mereka yang dipinggirkan dalam PAS.

“Sudah ramai yang keluar sebelum ini dan kita terima (mereka) dengan sebaiknya,” katanya lagi. Mk

Penyingkiran terbaru dalam PAS: Setia tanpa soal bukan caranya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng

Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker