13 motosikal hangus kebakaran di parkir kenderaan

13 motosikal hangus kebakaran di parkir kenderaan

GEORGE TOWN: Sebanyak 13 buah motosikal musnah dalam kebakaran di parkir kenderaan di Blok 3 Flat Desa Mawar, Lintang Kampung Melayu, Farlim di sini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Sharel Anuar Mawardy berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.12 pagi daripada orang awam.

Menurutnya, pihak bomba kemudiannya tiba di lokasi kejadian 9 minit kemudian dan mendapati api marak di kawasan tempat meletak kenderaan di situ.

“Kebakaran melibatkan 13 buah motosikal yang hangus hampir keseluruhannya.

“Kita berjaya mengawal api pada jam 4.26 pagi dan kebakaran dipadamkan enam minit kemudian,” katanya.

Anggota bomba tiba di lokasi kejadian dan bergegas memadamkan api yang memusnahkan keseluruhan 13 buah motosikal dalam kejadian awal pagi Selasa.

“Kerja-kerja ‘overhaul’ selesai dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.46 pagi,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Katanya, tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian tersebut.

“Kebakaran tidak melibatkan kenderaan lain yang turut diletakkan di kawasan parkir berkenaan,” katanya-SH

13 motosikal hangus kebakaran di parkir kenderaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng

Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker