PRN Melaka: Apa salah Ban Hong perlu letak jawatan

,

PRN Melaka: Apa salah Ban Hong perlu letak jawatan timbalan menteri

Pemimpin MCA mempertahankan calon DUN Kelebang dari parti itu, Lim Ban Hong yang digesa agar letak jawatan sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Gesaan itu dibuat Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung semalam. Lee berkata Lim patut meletakkan jawatan untuk memberi tumpuan dalam PRN Melaka dan mengelakkan sebarang salah guna sumber ketika berkempen.



Membalas gesaan itu, jurucakap MCA Mike Chong berkata tiada sebarang kesalahan dalam pencalonan Lim dan gesaan itu hanya untuk merosakkan kewibawaan Lim.

“Ia tidak berasas. Lim menjalani proses pencalonan, mendapatkan status sebagai calon selepas lulus pemeriksaan Suruhanjaya Plihan Raya (SPR) berdasarkan undang-undang.

“Saya ingin menasihati Lee agar belajar undang-undang yang relevan sebelum membuat kenyataan tidak bijak seperti itu secara terbuka,” katanya dalam kenyataan.

‘Tak langgar undang-undang’



Jurucakap Pemuda MCA Ryan Ho Kwok Xheng juga menegaskan SPR telah menerima pencalonan Lim.

Ho yang merupakan seorang peguam memetik Perlembagaan Persekutuan bagi menyatakan Lim tidak melanggar undang-undang.

“Tidak dinafikan di bawah Perkara 13(1)(c) Perlambagaan Negeri Melaka, memegang sesuatu jawatan berpendapatan boleh menyebabkan seorang calon kehilangan kelayakan untuk bertanding dalam PRN Melaka.

“Namun, menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan, jawatan berpendapatan hanyalah tertakluk kepada beberapa jawatan tinggi sahaja, tiada satu pun yang disandang oleh Lim.



“Ia termasuk juga penjawat awam penuh masa, tetapi Perkara 132(3)(a) Perlambagaan Persekutuan menyatakan bahawa jawatan sebagai anggota pentadbiran tidak dikira sebagai penjawat awam,” katanya dalam satu kenyataan berasingan.

Menurut Ho lagi, Jeffrey Kitingan turut bertanding dalam PRN Sabah tahun lalu, ketika masih menjadi timbalan menteri pelancongan, kesenian dan kebudayaan.

Untuk rekod, Kitingan meletakkan jawatan itu setelah menang di DUN Tambunan dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri II.

” Mungkinkah SPR gagal mengikut undang-undang Pilihan Raya? Kalau ya, Lee patut menghadapkan aduan kepada SPR,” kata Ho lagi.



DUN Kelebang akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Lim dengan penyandang, Guen Teck (PH-PKR) dan Bakri Jamaluddin (PN-PAS). Mk

PRN Melaka: Apa salah Ban Hong perlu letak jawatan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng



Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker