PRN Melaka: Ketua Menteri Melaka jawab tuduhan dia jadi pak turut kepada Datuk Rauf

Sebaran :

Oleh Ustaz Jeff

Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Utama Dr. Hj. Sulaiman Md. Ali sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya tuduhan beliau menjadi pak turut kepada Datuk Rauf Yusoh, Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.

Sulaiman yang mempertahankan kerusi N.04 Lendu berkata beliau dan Datuk Rauf telah wujudkan garis panduan dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri dan juga dalam urusan pentadbiran politik negeri.

“Saya ada cara saya dalam mentadbir kerajaan ini, apabila saya diberi mandat oleh Timbalan Presiden (UMNO) untuk mengurus dan mentadbir negeri ini setelah diangkat menjadi Ketua Menteri, saya bersama Datuk Rauf telah ‘linekan’ satu garisan, saya tak boleh lintas garisan ini dan dia tidak sesekali saya benarkan untuk “cross” garisan yang telah kita gariskan.” Katanya.



“Dalam mengurus tadbir parti saya serahkan kepada Datuk Rauf tapi dalam urus tadbir kerajaan adalah saya, saya mempunyai rakan-rakan penasihat dalam ekonomi, pertanian dan sebagainya.” Katanya lagi.

“Dalam mesyuarat exco, segala keputusan yang berlaku hari ini adalah arahan daripada saya.” Katanya lagi Ketika ditemui di Hotel Lacrista baru-baru ini.

PRN Melaka: Ketua Menteri Melaka jawab tuduhan dia jadi pak turut kepada Datuk Rauf


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: Tok Leman sediakan sesuatu yang istimewa untuk warga Lendu jika BN menang


Sebaran :

Leave a Reply