Mangsa seks bawah umur, 3 remaja diselamatkan

Gambar Hiasan

Polis menyelamatkan tiga remaja perempuan selepas dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks bawah umur di sebuah premis kecantikan di Jalan Air Hitam, Batu 21, Kulai, Johor, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Tok Beng Yeow, berkata semua remaja tempatan yang diselamatkan itu berusia antara 13 hingga 15 tahun.

Katanya, bertindak atas maklumat anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menjalankan serbuan dan pemeriksaan Op Noda pada 2.40 petang.

“Sebaik tiba di lokasi, polis membuat pemeriksaan dan menahan seorang wanita warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun disyaki terbabit dalam kegiatan persundalan.



“Polis berjaya menyelamatkan tiga remaja terbabit kerana disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks bawah umur,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas tiga telefon bimbit, sehelai tuala, segulung tisu, satu paket kondom dan wang tunai RM534.

Katanya, semua suspek dan mangsa dibawa ke IPD Kulai untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati seorang daripada suspek positif dadah jenis Methamphetamine.



“Kedua-dua suspek direman empat hari bermula hari ini hingga 12 Nov untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 373(1)(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 107 Akta Kerajaan Tempatan 1976. FMT

Mangsa seks bawah umur, 3 remaja diselamatkan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Dutch man’s private part rots after bitten by a cobra

Asteroid berbahaya 4660 Nereus hampiri Bumi [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker