Badang pikul kayu balak (Video)

Badang pikul kayu balak (Video)

SEBUAH video pendek memaparkan aksi selamba seorang pemuda berkaki ayam memikul sebatang kayu balak tular, dan setakat ini sudah ditonton lebih 2.7 Juta kali di laman TikTok.

Perkongsian video yang berdurasi 33 saat oleh @randycaballer680 menunjukkan seorang pemuda berkulit sawo matang memikul sebatang balak di bahu kirinya menuju ke sebuah lori yang membawa muatan kayu tersebut.

Bagaimanapun video itu tidak menunjukkan bagaimana kayu tersebut diangkat dan pemuda itu kelihatan mampu memikul kayu tersebut dengan selamba dan bukan satu masalah untuknya.

Sehingga kini ia telah menerima lebih daripada 230,000 tanda suka.
Menariknya, pemuda gagah tersebut sempat tersenyum selepas berjaya memikul kayu balak pada cuaca yang terik tanpa memakai sebarang kasut dan hanya berkaki ayam.

Tindakan pemuda itu menerima pelbagai reaksi oleh warganet di ruangan komen.

Ramai menyatakan bahawa tenaga kekuatan pemuda itu seakan-akan watak hero komik terkenal ‘ The Hulk’ dan Badang yang merupakan jejaka daripada kisah klasik Melayu.

“No coment bang, the real Hulk,” ujar @Ganibox

“Badang muncul semula,” tulis @AbgLan

Malah terdapat juga wargamaya yang prihatin akan kesihatan pemuda ini sekiranya aksi memikul balak itu berterusan.

“Jaga tulang belakang sama bro. Nanti bila dah rosak susah,” @kata @_abenkot

“Jaga badan mas. Jangan dipaksakan. Ingat hari tua nanti,” tambah @user9649686605792

“Jaga badan bro. company tak kisah kalau anda sakit,” nasihat @silentxgaming

Bagaimanapun tidak dapat memastikan di mana kejadian tersebut dirakam, namun berdasarkan suara yang didengari ia mungkin di Filipina. Utv

Badang pikul kayu balak (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Dutch man’s private part rots after bitten by a cobra

Asteroid berbahaya 4660 Nereus hampiri Bumi [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker