ShopeePay umum penajaan ‘push cart’ buat peniaga B40

ShopeePay umum penajaan ‘push cart’ buat peniaga B40

Syarikat e-dagang terkemuka, Shopee menerusi ShopeePay mengumumkan penajaan push cart dan cagaran kepada peniaga kumpulan B40 sebagai sebahagian daripada inisiatif #ShopeeGivesBack.

Shopee dalam satu kenyataan berkata, inisiatif tersebut bertujuan membantu peniaga-peniaga mikro yang terjejas akibat pandemik COVID-19 sebagai batu loncatan memulakan kembali perniagaan mereka.

“Push cart” tersebut yang dilengkapi dengan bumbung, rak dan ruang penyimpanan akan diedarkan kepada lebih 100 peniaga sepanjang bulan ini, dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak, serta Kementerian Wilayah Persekutuan,” kata kenyataan itu.

Ketua ShopeePay Malaysia, Alain Yee berkata, pihaknya akan terus berusaha bagi membantu dalam pendigitalan peniaga-peniaga tersebut dengan membolehkan penerimaan transaksi tanpa tunai melalui dompet mudah alihnya.

“ShopeePay juga menawarkan insentif yang disediakan khas yang akan membantu peniaga meningkatkan jumlah pendapatan mereka,” tambahnya.

Katanya, bantuan itu termasuk menyediakan sebuah laman mikro yang menampilkan peniaga-peniaga tersebut di aplikasi Shopee serta Baucar ShopeePay di Deals Near Me yang menawarkan pulangan tunai RM3 dengan pembelanjaan minimum RM6 hingga 31 Disember 2021.

Pada masa yang sama, pengguna-pengguna ShopeePay berpeluang menerima pulangan tunai sebanyak RM3 dengan pembelanjaan minimum RM15 apabila mereka mengunjungi gerai-gerai ini.

Deals Near Me merupakan ciri atas talian ke luar talian atau online-to-offline (O2O) yang menggunakan perkhidmatan berasaskan lokasi untuk memudahkan para pengguna menemui Baucar ShopeePay oleh para peniaga berhampiran termasuk gerai bazar, kafe, restoran, dan penyedia perkhidmatan.

Sementara itu, majlis penyerahan pertama kepada 20 peniaga mikro telah berlangsung di Kuala Berang, Terengganu pada 30 Oktober lalu. 8 push cart adalah sebahagian daripada Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDi) oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, manakala 12 buah push cart akan disumbangkan kepada peniaga-peniaga terpilih oleh kerajaan negeri Terengganu. Utv

ShopeePay umum penajaan ‘push cart’ buat peniaga B40


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Dutch man’s private part rots after bitten by a cobra

Asteroid berbahaya 4660 Nereus hampiri Bumi [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker