Anggota polis ditemui mati dalam kenderaan dengan kesan tembakan – Ayob

Anggota polis ditemui mati dalam kenderaan dengan kesan tembakan – Ayob

SEORANG anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di leher dan terdapat sepucuk pistol di dalam keretanya di Pekan Muar, hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mayat anggota berpangkat Lans Koperal itu ditemukan pada pukul 11.18 pagi di sebuah kawasan lot meletak kereta.

Katanya, mangsa yang berusia 29 tahun itu merupakan anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Muar.

BERITA BERKAITAN Anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di leher

“Pada jam lebih kurang 11.18 pagi, anggota polis tersebut ditemui mati dalam kenderaannya di lot parkir di Pekan Muar dengan kesan tembakan di leher. Turut ditemui sepucuk pistol jenis Revolver. 36,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ayob Khan berkata siasatan lanjut berhubung punca mangsa bertindak demikian masih dijalankan dan setakat ini polis klasifikasikan kes sebagai mati mengejut. Utv


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng

Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker