13 kawasan di KL alami gangguan bekalan air

13 kawasan di KL alami gangguan bekalan air

Sebanyak 13 kawasan di Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran insiden paip pecah di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Kuala Lumpur pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Elina Baseri berkata, bagi memastikan kerja-kerja pembaikan paip dapat dilaksanakan, Air Selangor menutup bekalan air pada 11.30 pagi tadi.



“Kerja-kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya pada jam 11.30 pagi esok dan bekalan air akan disalurkan secara berperingkat selepas kerja-kerja siap dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:

1. Taman Muda
2. Taman Bukit Permai
3. Taman Bukit Pandan
4. Kampung Cheras Baru
5. Taman Mawar
6. Taman Seraya
7. Taman Mega
8. Taman Bukit Teratai
9. Taman Melur
10. Taman Saga
11. Taman Putra
12. Pandan Mewah
13. Taman Mestika

Beliau berkata, Air Selangor akan menggerakkan lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.



“Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki ini.

“Pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 untuk mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa,” katanya. FMT

13 kawasan di KL alami gangguan bekalan air


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Dutch man’s private part rots after bitten by a cobra

Asteroid berbahaya 4660 Nereus hampiri Bumi [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker