Orang Cina mudah ditipu?

Sebaran :

Orang Cina mudah ditipu?

Dari segi jumlah mangsa penipuan, orang Cina bukannya mempunyai mangsa paling ramai, tetapi dari segi jumlah kerugian, merekalah yang paling banyak.

Kes penipuan juga membimbangkan kerana semakin ramai mangsa keturunan Cina yang berusia muda telah menjadi mangsa.

Ketua Penolong Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, ACP Lai Lee Ching berkata, jika dikategorikan, kebanyakan mangsa keturunan Cina terjerat dalam skim pelaburan dan emel komersial.



Beliau berkata, keadaan penipuan lebih menonjol ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Polis menerima 1,700 kes penipuan melibatkan mangsa Cina pada 2020 dan untuk 2021 pula, sebanyak 2,400 kes diterima setakat September,” katanya ketika menerima wawancara China Press.

Lee Ching tidak menolak kemungkinan kekangan pendapatan dan pergerakan dalam tempoh PKP menyebabkan mangsa mahu kaya cepat, sekali gus terperangkap dalam skim penipuan.

“Apa yang membimbangkan adalah semakin ramai mangsa dan juga penipu muda terlibat dalam kes-kes ini.



“Kebanyakan orang yang ditahan kami adalah antara 20 hingga 30 tahun dan mangsa pula dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun.

“Kebanyakan orang yang ditahan polis juga keturunan Cina. Mereka antaranya menipu kerana mahu mendapat duit dengan cara mudah dan segera,” katanya.

Sementara itu, Lee Ching berkata, kes penipuan melibatkan emel komersial turut menunjukkan trend peningkatan.

“Polis berharap syarikat-syarikat yang ada termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sentiasa berwaspada ketika menerima emel,” katanya.



Menurutnya, polis mengadakan bulan kesedaran mengenai jenayah komersial sepanjang November untuk meningkatkan kewaspadaan orang ramai. MG

Orang Cina mudah ditipu?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’


Sebaran :

Leave a Reply