PRN Melaka: Pemimpin DAP ‘hilang’ ketika majlis pengumuman calon PH
PRN Melaka: Pemimpin DAP ‘hilang’ ketika majlis pengumuman calon PH
DAP “tidak gembira” dengan tindakan PKR dan Amanah menerima dua bekas ahli Umno, menyebabkan pemimpin parti itu tidak hadir pada pengumuman calon pilihan raya negeri (PRN) Melaka, hari ini.
“Bagaimana kami hendak hadir sedangkan mereka (PKR dan Amanah) menerima mereka berdua? Ada rasa tidak gembira dengan keputusan parti itu. Sebab itu kami tidak hadir,” kata pemimpin DAP yang enggan dinamakan itu kepada FMT.
Sumber itu merujuk kepada pengumuman Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim bahawa dua bekas ADUN Umno, Idris Haron dan Nor Azman Hassan akan bertanding di DUN Asahan serta Pantai Kundor, menggunakan logo PH.
Majlis pengumuman calon hari ini hanya dihadiri Anwar yang juga Presiden PKR dan rakan sejawatannya dari Amanah, Mohamad Sabu. Kelibat pemimpin DAP langsung tidak kelihatan.
Pemimpin DAP lantang menentang penerimaan Idris, Nor Azman dan dua ADUN lain iaitu Noor Effandi Ahmad dan Norhizam Hassan Baktee yang mencetuskan kejatuhan kerajaan negeri Melaka.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini berkata parti itu menentang penerimaan mana-mana empat bekas ADUN berkenaan sebagai calon PH. Beliau bagaimanapun membayangkan bahawa kesepakatan dalam gabungan itu mampu mengatasi segalanya.
“Malangnya, DAP sebelum ini telah kalah dari segi undian oleh PKR dan Amanah. Oleh itu, kami terpaksa mematuhi keputusan majoriti demi perpaduan pakatan.
“Bagaimanapun, ini tidak bermakna keputusan majoriti yang dibuat sebelum ini adalah betul,” katanya dalam satu kenyataan awal minggu ini. FMT
PRN Melaka: Pemimpin DAP ‘hilang’ ketika majlis pengumuman calon PH
Baca Artikel Menarik :
- Cuba rempuh, polis tembak kereta, tahan suspek edar dadah
- Letak duit dalam coli pun tak selamat
- Suara Level Penyanyi Karaoke – Azmeer Tegur Iqbal
- Gelagat politik PAS tidak patuh syariah?
- Nynaa Harizal dilarikan keluarga guna senjata api, suami buat laporan polis
- PRN Melaka: Umno tampil 90% muka baharu
- Vanessa Angel dan suami maut dalam nahas jalan raya
- Terkejut bayar harga siakap Langkawi RM1,196 seekor
- Setimpalkah hukuman mereka ini– Didie Alias
- Kemaluan bengkak, kanak-kanak didakwa disunat jin
- McDonalds kembali dengan menu ayam goreng 3x pedas
Layari Laman Facebook MYKMU
Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’
You must be logged in to post a comment.