PRN Melaka: Pertembungan ‘mesra’ Umno-PAS hanya sekali, tak akan berulang dalam PRU

Sebaran :

PRN Melaka: Pertembungan ‘mesra’ Umno-PAS hanya sekali, tak akan berulang dalam PRU

PAS yakin pertembungan “mesra” dengan Umno sepertimana dilihat ketika pilihan raya negeri (PRN) Melaka hanya berlaku sekali sahaja dan tidak akan berulang dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS-Umno sebelum ini telah mengambil masa yang panjang untuk berunding bersama bagi mengelak berlaku pertembungan sesama sendiri antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), namun persetujuan gagal dicapai pada saat akhir.

“Sebenarnya kita ambil masa panjang, bahkan pada awalnya usaha itu (runding) sangat positif peringkat awal. Tapi (bila) hujung Umno nak bertanding semua, kita tak ada ada pilihan. Bagi kami rasa sedikit kecewa usaha penyatuan itu gagal pada hujungnya,” katanya ketika sidang media hari ini.



Walaupun kecewa dan harapan untuk mengelak berlaku pertembungan sesama sendiri tipis, Tuan Ibrahim berkata, ruang masih ada selagi borang pencalonan tidak diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Dari segi undang-undang selagi belum SPR umum calon bertanding, ia (calon wakili parti) masih di peringkat cadangan. Tapi bila SPR umum tak boleh tarik diri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim turut membidas Pakatan Harapan (PH) yang kononnya memperjuangkan dasar antilompat parti, sebaliknya menerima wakil rakyat yang melompat sebagai calon mereka dalam PRN Melaka.

“PH kata tolak calon katak dan sebagainya, tiba-tiba mereka ambil semula sebagai calon. Dalam Parlimen beriya nak wujud akta antilompat parti, tapi realiti PH ambil calon lompat. Mereka terbukti cakap tak serupa bikin, rakyat boleh nilai,” katanya.



BN dan PN hari ini mengumumkan akan bertanding di semua 28 kerusi DUN Melaka, sekaligus menyaksikan parti yang memerintah Putrajaya bertembung sesama sendiri dalam pilihanraya itu. FMT

PRN Melaka: Pertembungan ‘mesra’ Umno-PAS hanya sekali, tak akan berulang dalam PRU


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’




Sebaran :

Leave a Reply