Mujur bukan anak teman – Jamal Abdillah

Mujur bukan anak teman – Jamal Abdillah

Persamaan nama dengan seorang individu yang memuat naik ciapan biadab sehingga mendapat teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Twitter membuatkan hari penyanyi, Zaki Yamani huru-hara.

Bukan hanya orang ramai salah faham, penyanyi Datuk Jamal Abdillah yang juga bapa bintang remaja itu turut menyangka lelaki dimaksudkan Anwar adalah anak keduanya.



Begitupun, pagi tadi menerusi wawancara dengan sebuah stesen radio, penyanyi muda itu meluahkan rasa lega selepas bapanya sedia maklum individu dimaksudkan bukan dirinya.

“Mujur bukan anak teman (saya),” seloroh Zaki mengajuk ayat diluahkan ayahnya ketika ditanya penyampai mengenai respons Jamal sebaik mengetahui perkara sebenar.

Semalam, remaja berusia 17 tahun itu membuat penafian berkenaan teguran Perdana Menteri yang ditegaskan bukan ditujukan kepadanya.

“Ramai hantar mesej langsung tanya, tweet ini bukan tuju pada Zaki. Itu Zaki Yamani yang lain.



“Nama sahaja sama. Dah jangan tanya lagi okey. Saya tiada buat salah apa pun,” tulisnya menerusi Insta Story.

Selain menyertakan ciapan dimuat naik Anwar, pemilik nama penuh Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah itu turut berkongsi tangkap layar teguran bapanya.

“Hati-hati buat kenyataan politik, jangan campur politik.” tulis Raja Pop itu.

Dalam perbualan tersebut, sekali lagi Zaki menjelaskan situasi sebenar yang mencetuskan salah faham banyak pihak termasuk bapanya sendiri.



“Bukan Zaki la Baba, Zaki Yamani orang lain. Baba pun percaya ke itu Zaki?” katanya.

Juara Famili Duo itu turut meluahkan perasaan terkilan terhadap individu yang membuat hidupnya huru-hara itu.

“Kepada Pakcik Zaki Yamani, awak dah buat saya kena marah dan huru harakan nama saya hari ini,” tulis penyanyi Percayaku itu.

Terdahulu, Perdana Menteri dalam ciapan Twitter menggesa seorang individu bernama Zaki Yamani memohon maaf atas ciapan berhubung tahap kesihatan Tan Sri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.



Pada masa sama, Anwar turut menyatakan kekesalan terhadap tindakan individu yang dipercayai penyokong partinya.

Abdul Hadi dilaporkan dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan dan pemantauan doktor.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang meminta orang ramai berdoa dan melakukan solat hajat untuk kesembuhan. K Online

Mujur bukan anak teman – Jamal Abdillah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM



Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya

Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker