Seorang MP akan didakwa kes usaha sama ternakan lembu milik Kerajaan Kedah
Seorang MP akan didakwa kes usaha sama ternakan lembu milik Kerajaan Kedah

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang semalam bagi tujuan pertuduhan selepas agensi itu mendapat izin mendakwa satu kes membabitkan usaha sama ternakan lembu milik kerajaan negeri.
Menurut sumber, siasatan yang dijalankan sejak Februari tahun ini membabitkan dakwaan penerimaan kira-kira RM400,000 sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah untuk projek fidlot.
“Kertas siasatan dibuka susulan aduan diterima pada 10 Februari lalu dan siasatan dijalankan yang mana 15 saksi dirakam percakapan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan tangkapan ketika dihubungi dan menyatakan individu terbabit dirakam percakapan mengikut Seksyen 53(3) Akta SPRM 2009 dan dilepaskan dengan jaminan.
Seorang MP akan didakwa kes usaha sama ternakan lembu milik Kerajaan Kedah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tubuh Pusat Data Biometrik Nasional, Selaras Maklumat Antara Agensi Kerajaan
- Tiga Tahun Melakar Transformasi Desa Bersama KKDW – Ahmad Zahid
- Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi
You must be logged in to post a comment.