MUDA terpaksa jual ‘otak-otak, kasut dan aset peribadi untuk cari dana PRN

Keputusan Muda untuk bergerak solo dalam semua enam pilihan raya negeri akan datang bakal menyaksikan pemimpin dan ahli melancarkan pelbagai inisiatif untuk mengumpul dana, bermula dengan jualan otak-otak oleh presiden parti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada hujung minggu ini.

Syed Saddiq berkata dia akan terlibat secara peribadi dalam menyediakan juadah istimewa dari Muar itu dan menjualnya secara dalam talian.

“Semua pemimpin Muda dan ahli akar umbi akan ada inisiatif sendiri untuk mengumpul dana,” kata ahli Parlimen Muar itu semasa sidang media di ibu pejabat parti di Petaling Jaya hari ini.



Dengan memberi tumpuan kepada jualan dalam talian, Syed Saddiq berkata parti itu, melalui inisiatif “Muda Hustle” perlu berfikir di luar kotak untuk mencari dana untuk membiayai kempen pilihan raya mereka.

“Ada di Sabah yang mungkin jual kasut.

“Ada yang mungkin menjual aset peribadi mereka,” katanya.

Syed Saddiq berkata Muda juga berharap dapat mengumpul lebih banyak dana melalui jualan dalam talian untuk memastikan perbelanjaan mereka adalah rendah, dengan mengelakkan daripada menyewa tapak seperti dalam pengumpulan dana konvensional.



Menurutnya, sebelum ini, Muda telah berjaya mengumpul dana untuk projek-projeknya melalui cara yang sama dan dia juga secara peribadi pernah mengutip dana untuk kawasan parlimennya di Muar.

“Muda selama ini memang parti yang bergantung kepada sumbangan kecil daripada orang ramai.

“Sebelum ini, kita berjaya mengumpul dana hampir RM3 juta untuk menjalankan operasi harian kami dan menyokong golongan kurang berkemampuan.

“Malah pada penggal pertama saya sebagai ahli Parlimen, saya banyak bergantung kepada crowdfunding apabila kerajaan sebelum ini memotong peruntukan kepada golongan kurang berkemampuan di Muar,” tambahnya.



Selain Syed Saddiq, Naib Presiden Muda Siti Rahayu Baharin berkata dia akan membuka gerai makan bagi mengumpul dana bagi membolehkan parti itu meletakkan lebih ramai calon wanita.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat

Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah



Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker