Peminat minta Usop Sontorian di ‘remake’
Peminat minta Usop Sontorian di ‘remake’
Kanak-kanak era 1990-an mungkin tidak asing lagi dengan siri kartun terkenal berjudul Usop Sontorian.
Siri kartun tersebut merupakan siri animasi pertama negara mengisahkan tentang tiga orang watak utama iaitu Usop, Abu dan Dol yang menetap di sebuah kampung dikenali Parit Sonto di Johor.
Kisah animasi tersebut ternyata begitu dekat dengan suasana serta budaya kanak-kanak era tahun 1990-an.
Salah satu laman Facebook yang dikenali sebagai Malaysiaku Dulu-dulu Official kembali menaikkan kisah animasi terkenal ini agar sentiasa diingati generasi sekarang.
Orang ramai juga turut bersetuju sekiranya animasi ini ditayangkan semula dengan format terbaharu antara 4D (4 dimensi) bagi memberi nafas baharu kepada animasi lagenda ini.
“Betul, ini antara masterpiece yang Malaysia ada. Kenapa terus dilupakan. Stesen televisyen punya apa salahnya kalau tayangkan balik.
“Selain Upin Ipin yang menaikkan budaya Malaysia, Usop Sontorian juga apa kurangnya. Ini kartun hebat yang kita ada, “jelas ZQuera Zura.
“Bagi nafas baru, kasi 4D sekali. Ini kartun hebat. Kenapa pihak Kementerian tak ambik peduli pasal animasi ni?
“Negara kita memang terkenal dengan animasi hebat, harap media pun mainkan lah isu ini,” kata Kechik_farhan. K Online
Peminat minta Usop Sontorian di ‘remake’
Baca Artikel Menarik :
- Maut leher ditoreh bapa kandung kerana ubah saluran TV
- Vellfire kereta rasmi menteri? Tanyalah Atok dan Abah kau
- Filem Prebet Sapu wakili Malaysia ke Oscars
- Bekas Ketua Menteri Melaka Tidak Mengaku Penganut Syiah
- Isteri Shuk nekad minta cerai
- Pas hilang peluang bertapak di Melaka bila guna lambang PN
- Kenapa Tertuduh Dalam Kes Buli Zulfarhan Terlepas Hukuman Mati?
- Isteri tidur dengan bos agar suami dinaikkan pangkat
- Wanita Israel dipenjara kerana enggan menentang Palestine
- ‘Ada pihak gembira rakyat tidak dapat keluarkan wang KWSP’
- Tempah pelacur menerusi WeChat, RM190 sekali langgan
Layari Laman Facebook MYKMU