Aaron Aziz rela sakit, nak ‘kejar’ yuran pengajian anak

Aaron Aziz rela sakit, nak ‘kejar’ yuran pengajian anak

“Tak kisahlah saya sakit, asalkan dapat berlakon untuk bayar yuran pengajian anak-anak”.

Demikian pengorbanan pelakon Datuk Aaron Aziz apabila tidak kisah menahan sakit akibat masalah saraf tulang belakang yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu asalkan masih boleh bekerja bagi menampung kos pengajian anak-anaknya di menara gading.

Bercakap kepada Kosmo! Online, Aaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz, menzahirkan kebimbangan tentang risiko yang bakal dihidapi selepas pembedahan, kos perubatan yang agak besar bagai rawatan penyakit berkenaan.

“Kos pembedahan memang besar. Ubat sahaja memakan belanja dua hingga tiga ribu. Tapi nasib baik saya ada insurans.

“Itu salah satu faktor yang saya perlu fikir. Anak-anak pun masih lagi belajar. Anak perempuan saya, Dahlia Arissa baru memasuki kolej. Anak lelaki saya pula, Danish Anaqi sekarang belajar di sebuah kolej di Jepun.

“Mereka akan masuk ke universiti yang memerlukan perbelanjaan besar. Jadi, tak apalah saya sakit. Saya masih berlakon sebab nak kejar bayar semua yuran anak-anak,” katanya kepada Kosmo! Online.

Kata pelakon berusia 46 tahun itu lagi, dia selalu berpesan pada anak-anak supaya tidak bimbang soal duit dan hanya fokus terhadap pembelajaran masing-masing.

“Isteri saya juga selalu ingatkan anak-anak tentang pengorbanan, bekerja keras untuk cari duit demi anak-anak. Insya-Allah saya boleh tanggung pembelajaran mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Aaron dan juga isteri sudah lama berbincang untuk membangunkan sebuah perusahaan atau syarikat sebagai jaminan anak-anak pada masa hadapan selain memberi komitmen terhadap kerjaya lakonan.

Pelakon filem Ombak Rindu itu juga sedar tidak akan selama-lamanya bertahan dalam industri lakonan dan perlukan ‘sesuatu’ untuk diwariskan kepada anak-anak.

“Sekarang saya beri tumpuan pada perniagaan yang diusahakan sebab saya mahu wariskan kepada anak-anak. Sekurang-kurangnya mereka ada jaminan pada masa hadapan.

“Jika saya jadi pelakon sahaja, saya hanya meninggalkan nama ‘Aaron Aziz’ untuk mereka. Untuk apa? Saya perlu sediakan sesuatu untuk anak-anak jika berlaku perkara buruk pada masa hadapan,” jelasnya.

Aaron yang ditemui ketika sidang media drama Takdir Cinta Dhia di Luxe Hall, TGV 1 Utama di sini juga memberitahu, jika tiada sebarang masalah, dia akan melakukan pembedahan pada penghujung tahun nanti seusai pulang daripada mengerjakan ibadah umrah.

“Sekitar bulan 10 nanti saya terlibat dengan penggambaran sebuah filem. Insya-Allah jika tiada halangan, saya akan buat pembedahan tulang belakang pada penghujung Disember nanti selepas pulang daripada umrah,” katanya.

Sejak disahkan mengalami masalah saraf dan tulang belakang tersepit 10 tahun lalu, Aaron kini bergantung dengan suntikan steroid selain ubat tahan sakit ketika bekerja.

Bahkan, hasil pemeriksaan doktor turut mendapati terdapat ketumbuhan (bukan kanser) pada bahagian bawa tulang belakangnya yang memerlukan pembedahan. K Online

Aaron Aziz rela sakit, nak ‘kejar’ yuran pengajian anak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Karangan mengenai kemalangan, jadi kenyataan buat pelajar

Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka

Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker