Mengapa terburu-buru buat PRN – DAP Sarawak

Mengapa terburu-buru buat PRN – DAP Sarawak

Pengundi muda di Sarawak dijangka terlepas peluang menunaikan kewajipan mereka susulan penamatan Proklamasi Darurat, yang membuka laluan pelaksanaan pilihan raya negeri ke-12 (PRN12) Sarawak, kata pemimpin DAP.

“Penamatan Proklamasi Darurat membuktikan Abang Jo (Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg) terdesak mahu mengadakan pilihan raya negeri sebelum penghujung tahun ini, dengan jelas mengelak Undi18,” kata Pengerusi DAP Sarawak yang juga Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen.

“Soalan saya kepada Abang Jo adalah: Adakah Undi18 lebih menakutkan daripada Covid-19? Mengapa beliau mahu memberi risiko kepada kehidupan rakyat Sarawak dan memilih melakukan pilihan raya negeri awal semata-mata mengelak penguatkuasaan Undi18?” katanya.

Pada September, Mahkamah Tinggi Kuching, memutuskan kerajaan perlu melaksanakan pindaan ke atas Undi18, menjelang 31 Disember selepas membenarkan permohonan mencabar difailkan lima belia Sarawak bagi menentang keputusan kerajaan sebelum ini, yang dipimpin Muhyiddin Yassin, kerana tidak melakukan pindaan pada Julai.

Antara kandungan pindaan itu membabitkan menurunkan kadar umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ikmalrudin Ishak, sebelum ini berkata, PRN12 Sarawak perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh Proklamasi Darurat, ditarik balik atau dibatalkan.

Proklamasi Darurat di Sarawak yang sepatutnya berakhir pada 2 Februari 2022, Yang di-Pertuan Agong, memperkenan menamatkan Proklamasi Darurat, hari ini, selepas mendapat permohonan daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud, selepas menerima mengadap pada Selasa, disusuli pertemuan dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

PRN12 Sarawak ditangguhkan sejak Jun lalu, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) bubar secara automatik berikutan penggal mandat tamat selepas lima tahun.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuching Dr Kelvin Yii, berkata jumlah pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan kadar kematian tinggi akibat Covid-19, jelas membuktikan ketika ini “bukan masa terbaik” untuk mengadakan PRN12 Sarawak.

Sebaliknya, Yii berkata, kerajaan sepatutnya menumpukan kepada usaha meningkatkan program vaksinasi Covid-19 di negeri berkenaan.

“Mengapa terburu-buru, adakah untuk mengelak pelaksanaan Undi18?” soalnya.

“Tiada keperluan untuk mereka terburu-buru untuk mengadakan pilihan raya. Mereka secara jelas takut kepada undi orang muda dan sengaja menekan (hak) mereka untuk mengundi pada PRN12,” katanya.

Pengerusi Bersih Sarawak Ann Teo, turut sependapat mengadakan PRN12 adalah “cubaan sengaja” bagi menghalang hak pengundi muda.

“Saya berharap, orang muda sedar bahawa tindakan ini bertujuan menghalang peluang mereka untuk mengundi bagi masa depan Sarawak,” katanya.

“Pengundi baharu akan ditekan hak demokratik mereka bagi menentukan pihak mana yang sepatutnya dipilih untuk tempoh lima tahun akan datang,” katanya.
FMT

Mengapa terburu-buru buat PRN – DAP Sarawak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kalau lihat jasad Zulfarhan, saya tak boleh nak bayangkan – Hakim

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker