Kes kematian Zulfarhan: Enam Penuntut UPNM Dipenjara 18 tahun

Kes kematian Zulfarhan: Enam Penuntut UPNM Dipenjara 18 tahun

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atas enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika disabitkan bersalah.



Enam tertuduh tersebut ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Menurut Hakim, hukuman tersebut berjalan bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Sementara itu, enam penuntut tersebut dan 12 lagi tertuduh dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana didapati bersalah mencederakan Allahyarham.

Kes kematian Zulfarhan: Enam Penuntut UPNM Dipenjara 18 tahun

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Bantuan Keluarga Malaysia bertambah, 4.8 juta bujang penerima layak

Kembali perkasakan penyatuan ummah



Related Articles

One Comment

  1. Sepatutnya keenam-enam pembunuh dihukum gantung sampai mati. Ianya adalah sebgai pengajaran kepada masyarakat bahawa jenayah seperti ini tidak akan terjadi lagi. Arwah Zulfarhan mati dalam keadaan yang sangat dahsyat. Diseksa dengan kejam supaya arwah merasai kesakitan yang teramat untuk masa selama yang mungkin sebelum meninggal dunia.

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker