Peminat doa Nelydia Senrose kekal bertudung

Peminat doa Nelydia Senrose kekal bertudung

Lama menyepi daripada sebarang perkongsian hantaran status, terutama menerusi Instagram selepas pulang daripada mengerjakan umrah, pelakon jelita, Nelydia Senrose menarik perhatian ramai apabila dikatakan sudah berhijab.

Biarpun tiada hitam putih daripada pemilik nama sebenar, Nik Zaris Nelydia Nik Sen itu yang membisu seribu bahasa, perkhabaran gembira itu galak diperkatakan peminat menerusi akaun Instagram, @nelydiasenrose.fans_.

Ramai dalam kalangan peminat mendoakan, sekiranya benar Nelydia sudah bertudung, keputusannya dipermudahkan dan terus istiqamah dalam usaha menjadi muslimah yang lebih dekat di sisi Allah SWT.

“Cantik je pakai tudung semoga kekal hendaknya bertudung tu lagi nampak manis. Suka sangat, amin.

“Alhamdulillah, Nelydia dah bertudung. Comey (comel) sangat. Semoga istiqamah ya.

“Alhamdulillah, dapat mengunjung kaabah. Semoga kekalkan ketakwaanmu kepada Allah Yang Maha Esa,” demikian antara titipan doa positif yang ditinggalkan peminat dalam ruangan komen akaun Instagram peminat.

Bagaimanapun, ada dalam kalangan netizen yang berpendapat aktres Jebat itu hanya bertudung ‘sementara’ kerana kini berada di kampung halaman iaitu di negeri yang diberi jolokan Serambi Mekah, Kelantan.

Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan penjelasan dan pengesahan daripada bibir Nelydia sendiri berkenaan hal terbabit menemui jalan buntu apabila individu yang menjawab panggilan mengatakan, ‘wrong number’ atau salah nombor ketika dihubungi menerusi nombor telefon kebiasaannya dihubungi media.

“Hi, sorry I’m totally new person (Hai, saya betul-betul orang baharu yang menggunakan nombor ini). Beli nombor (telefon) ini tahun lepas. Saya sendiri tidak mengenali siapa Nelydia Senrose,” ujar individu terbabit menerusi pesanan WhatsApp.

Sekitar hujung tahun lalu, Nelydia yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan berpeluang ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah bersama keluarga tersayang termasuk kakak kandungnya, Uqasha Senrose.

Nelydia, 28, berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Mohd. Hafez Halimi Abdul Hamid pada April 2019 dengan sekali lafaz. K Online

Peminat doa Nelydia Senrose kekal bertudung


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker