PRN Melaka: Orang Melayu, Penjawat Awam Pasti Tolak PH – Isham Jalil

PRN Melaka: Orang Melayu, Penjawat Awam Pasti Tolak PH – Isham Jalil

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berpandangan orang Melayu khususnya di Melaka tidak akan memilih Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Katanya ini kerana rakyat telah melihat sendiri kegagalan dan kecelaruan pemimpin PH dalam urus tadbir negeri itu sepanjang 22 bulan.

“Orang Melayu tak akan pangkah PH selepas apa yang kita tengok dalam tempoh itu satu pun mereka tak tunai janji.

“Banyak projek-projek di negeri Melaka termasuk pembesaran highway, masalah air yang kritikal mereka telah batal ini memberikan kesan kepada rakyat.

“Orang Melayu kalau undi PH ini saya tak rasa…ini berdasarkan 22 bulan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Gegau Melaka: Kempen Norma Baru, Siapa Yang Untung? yang disiarkan secara langsung di Facebook UMNO Online, malam tadi.

Sementara itu Isham juga turut berpendapat bahawa penjawat awam juga akan turut mengambil pendekatan yang sama berdasarkan corak pentadbiran PH di peringkat persekutuan yang bertindak meminggirkan golongan ini.

“Sungai Udang antara kawasan yang jadi tumpuan… UMNO/BN ada peluang di situ kerana ada 9,000 undi tentera saya rasa mereka tidak akan beri kepada PH.

“Sebab masa PH perintah dahulu mereka hendak potong elaun kerajaan, kurangkan penjawat awam jadi mereka ini dengan PH ini tidak berapa baik.

“Saya dahulu penjawat awam bila PH perintah kawan-kawan banyak lontarkan rungutan sebab macam-macam isu yang mereka buat,” tegas beliau. – UMNO Online

https://www.youtube.com/watch?v=2_yOTEKV6OM

PRN Melaka: Orang Melayu, Penjawat Awam Pasti Tolak PH – Isham Jalil

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia bantu mahasiswa memerlukan – Ismail

Ancaman China meningkat setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker